Sebab Kenapa Ada Orang Selalu Rasa Sejuk Berbanding Orang Lain

Ketahui Sebab Kenapa Ada Orang Selalu Rasa Sejuk Berbanding Orang Lain. Sesetengah orang sentiasa rasa sejuk dan memakai sweater walaupun orang lain berasa panas.

SAJAHEBOH.COM - Sebab Kenapa Ada Orang Selalu Rasa Sejuk Berbanding Orang LainKadang-kadang, sampai berebut untuk buka kipas dengan kelajuan yang paling tinggi atau kelajuan yang paling rendah. Mengapa keadaan ini berlaku?

Rasa sejuk boleh menjadi petanda kesihatan yang kurang baik

Salah satu sebab sesetengah orang sentiasa berasa sejuk manakala ada yang tidak selesa kerana berasa panas mungkin sebenarnya berkaitan dengan kesihatan kita.

SAJAHEBOH.COM - Sebab Kenapa Ada Orang Selalu Rasa Sejuk Berbanding Orang Lain

Menurut laporan daripada HealthBlurbs, beberapa isu sebegini sering tidak disedari, seperti anemia (kekurangan sel darah merah), kekurangan nutrisi, jangkitan, masalah berat badan (sama ada kekurangan atau berlebihan berat badan), dan thyroiditis (bengkak pada kelenjar tiroid) secara senyap.

Apa cara untuk mengatasi masalah ini?

Pemeriksaan kesihatan berkala dan bertukar pendapat dengan doktor anda.

Apabila ia berkaitan dengan kesihatan anda, tanya dengan orang yang pakar adalah penting untuk mengetahui dan merawat masalah sebelum menjadi bertambah serius – atau yang lebih teruk, membuatkan anda sentiasa tidak selesa kerana terlalu sejuk atau panas.

Jika anda sentiasa panas atau sejuk, anda mungkin terlalu tertekan

Situasi yang tertekan seperti pergaduhan, bebanan kerja yang berat, dan jadual yang padat boleh menjadi sebab ketidakselesaan anda dalam suhu yang normal.

Jika anda mula rasa terlalu panas dalam pejabat tetapi orang lain berasa sejuk, ianya mungkin masalah anda dengan rakan atau keluarga anda.

SAJAHEBOH.COM - Sebab Kenapa Ada Orang Selalu Rasa Sejuk Berbanding Orang Lain

Cuba untuk ketepikan tekanan yang tidak penting di rumah, dan teruskan hari anda dengan cara positif supaya anda sentiasa dalam keadaan tenang dan selesa.

Kebahagiaan anda mungkin menjejaskan keadaan cuaca anda

Nampaknya, bukan kesihatan dan faktor fizikal sahaja yang mengganggu orang yang sentiasa berasa sejuk atau panas.

Walaupun suhu dalam bilik atau di luar adalah normal, ramai antara kita rasa berbeza kerana keadaan emosi kita. Laporan mengatakan bahawa apabila seseorang berasa sunyi atau tertekan, mereka lebih mudah rasa sejuk atau menggigil.

Apabila kita lebih bersosial, kita tidak berasa begitu. Betul tak?

Berasa nyaman dan selesa apabila dikelilingi dengan orang yang kita sayangi? Ianya adalah perasaan fizikal yang menjadikan kita lebih mudah menerima haba dan membuatkan kita berasa lebih hangat dan gembira berbanding dikelilingi dengan orang yang tidak dikenali.

Jadi, apabila hati kita dingin, kita juga berasa sejuk – tidak kiralah bagaimana cuaca yang sebenarnya.

Bagaimana untuk mengelakkan rasa terlalu sejuk dan terlalu panas

Sekarang, kita sudah mengetahui punca kita tidak selesa dalam keadaan yang normal. Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk mengatasinya?

Terdapat beberapa cara yang boleh kita cuba. Pemakaian dan pemakanan kita memainkan peranan untuk tubuh menyesuaikan diri dengan suhu.

SAJAHEBOH.COM - Sebab Kenapa Ada Orang Selalu Rasa Sejuk Berbanding Orang Lain

Makanan tertentu dalam iklim yang berbeza dapat membantu dalaman kita mengimbangi sejuk dan panas dalam badan, seperti makan sup dan karbohidrat untuk berasa hangat ketika cuaca sejuk.

Sayuran hijau dapat membantu anda ketika cuaca panas.

Sumber: Elite Daily

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *