Remaja Ini Leka Melihat Gym Dari Luar, Tindakan Pemilik Gym Ini Lakukan Sangat Tidak Disangka

Remaja Ini Leka Melihat Gym Dari Luar, Tindakan Pemilik Gym Ini Lakukan Sangat Tidak Disangka.  Benarlah setiap gambar punya ‘kuasa’ yang tersendiri. Di sebalik sesebuah gambar ada pelbagai kisah dan cerita yang boleh disampaikan.

SAJAHEBOH.COM - Remaja Ini Leka Melihat Gym Dari Luar, Tindakan Pemilik Gym Ini Lakukan Sangat Tidak DisangkaSama jugalah seperti gambar yang diambil oleh Omer Yavuz ini apabila dia mengambil gambar seorang kanak-kanak lelaki yang sedang leka memerhatikan keadaan di dalam sebuah gim, Olympiat Sports Center di bandaraya tenggara Turki Adiyaman.

Dengan gaya penampilannya jelas sekali budak lelaki ini adalah seorang budak yang miskin. Dengan hanya menggunakan selipar tanpa kasut tutup pada waktu sejuk serta baju sejuknya yang lusuh itu jelas menunjukkan dia bukan daripada keluarga yang berkemampuan.

SAJAHEBOH.COM - Remaja Ini Leka Melihat Gym Dari Luar, Tindakan Pemilik Gym Ini Lakukan Sangat Tidak Disangka

Tersentuh selepas melihat budak lelaki itu, Yavuz, 28 akhirnya memutuskan untuk berkongsi gambar tersebut dengan orang ramai. Hasilnya gambar tersebut telah dilihat oleh pemilik gim tersebut dan dia telah meminta orang ramai untuk menjejaki budak lelaki itu.

Pemilik gim, Mustafa Kucukkaya merasakan dia perlu membantu budak itu kerana dia juga pernah merasai apa yang dialami oleh kanak-kanak itu. Dia juga berasal daripada keluarga yang miskin sehingga dia terpaksa bekerja di kedai roti ketika dia kecil.

Gambar itu kemudian menjadi viral di media sosial Turki. Pelbagai organisasi berita dan ribuan individu yang turut menyiarkan gambar tersebut dalam usaha untuk menjejaki kanak-kanak itu.

Selepas dua hari, salah seorang ahli gim tersebut telah terjumpa dengan budak lelaki itu yang sedang bekerja di kaki lima dan memujuknya untuk ke gim. Budak lelaki itu sebenarnya tidak tahu bahawa gambarnya telah menjadi viral di internet.

Walaupun berhadapan dengan kesukaran bahasa, budak lelaki itu dapat menceritakan sedikit sebanyak mengenai dirinya. Namanya ialah Muhammad Hussein. Dia berusia 12 tahun dan merupakan seorang pelarian dari Deir Azzor, sebuah bandar di Syria.

Ahli keluarganya, yang melarikan diri dari Syria lima tahun yang lalu dan bergantung hidup dengan menjual kertas dan logam yang dikumpulkan daripada tong sampah.

Menurut Kucukkaya, yang melawat rumah Hussein, keluarga itu hidup dalam keadaan yang benar-benar miskin. Hussein juga mungin tidak pergi ke sekolah seperti kanak-kanak lain.

Mengetahui dia mendapat keahlian gim secara percuma, Hussein begitu terkejut dan gembira.

SAJAHEBOH.COM - Remaja Ini Leka Melihat Gym Dari Luar, Tindakan Pemilik Gym Ini Lakukan Sangat Tidak Disangka

“Dia seorang kanak-kanak yang pemalu,” kata Mahir Alan, seorang wartawan foto yang mengambil gambar budak lelaki itu untuk Agensi Berita Dogan. “Dia sangat terkejut, dan dia tidak mengharapkan apa-apa seperti itu. Dia berkata bahawa dia sentiasa ingin tahu mengenai gim. “

Dalam masa seminggu, Kucukayya memberitahu Hussein telah pun kehilangan berat badan. Hussein memberitahu Alan dia bersyukur kerana berpeluang untuk menyertai gim tersebut dan membantunya mengurangkan berat badan.

Instagram: @kucukkaya

“Saya melihat orang yang bersenam,” katanya dipetik daripada temubual dari Agensi Berita Dogan. “Kelab sukan itu adalah tempat yang cantik.”

Sebaik sahaja foto-foto Hussein yang diambil Alan tersebar di internet, kisah hidupnya kini bukan sahaja tersebar di Turki malah menjadi bualan orang ramai di seluruh dunia.

Kucukkaya berkata dia telah dibanjiri dengan panggilan dari orang ramai yang ingin membantu keluarga Hussein.

“Ada ahli perniagaan kaya,” katanya. “Seorang ahli perniagaan kaya dari Ankara menghubungi saya dan berkata dia akan menghantar pakej ke rumah Hussein. Malah ada juga seseorang dari Qatar yang turut menghubungi saya. “

Kredit: Era Baru

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *