Rakaman Pencuri Kereta Dikejar Orang Awam Dipuji Netizen Atas Keberaniannya

Rakaman Pencuri Kereta Dikejar Orang Awam Dipuji Netizen Atas Keberaniannya. Rakaman video orang awam mengejar pencuri kereta, viral di media sosial menarik perhatian warga netizen.

SAJAHEBOH.COM - Rakaman Pencuri Kereta Dikejar Orang Awam Dipuji Netizen Atas KeberaniannyaMenurut laporan Sinar Harian, suspek sudahpun berjaya diberkas selepas melarikan diri kira-kira 80 kilometer.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Cyril Edward Nuing berkata, tindakan pantas pihaknya dengan bantuan orang awam itu kelmarin berjaya menggagalkan cubaan suspek melarikan Perodua Myvi , kereta telah diubahsuai kepada Passo.

“Sebaik menerima laporan daripada pengadu, Bilik Kawalan Daerah Mersing telah mengatur Ops Tutup dengan bantuan anggota dari Balai Polis Kahang.

SAJAHEBOH.COM - Rakaman Pencuri Kereta Dikejar Orang Awam Dipuji Netizen Atas Keberaniannya

“Suspek berjaya ditahan di Pekan Kahang, Kluang bersama kereta mangsa,” katanya.

“Orang awam turut membantu pihak kami dalam tangkapan tersebut,” katanya.

Difahamkan, mangsa hanya mengetahui keretanya hilang selepas dimaklumkan rakan, keretanya yang baru diparkir jam 8.15 pagi tadi sudah tiada di tempat letak kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Ismail, Mersing.

Siasatan awal mendapati, suspek berusia 31 tahun itu beralamat dari Bahau, Negeri Sembilan dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Sementara itu di media sosial, netizen memuji tindakan berani pemandu berkenaan yang mengejar suspek sehingga berjaya diberkas. Malah netizen teruja mendengar ulasannya sepanjang tempoh kejar mengejar itu.

Kredit : Mohd Rafie

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *