Petua Ajaib Untuk Redakan Batuk Berbulan-bulan Dalam Sehari Saja!

Perkongsian Petua Ajaib Untuk Redakan Batuk Berbulan-bulan Dalam Masa Sehari Sahaja!. Pernah tak anda alami batuk dalam tempoh yang lama malah berbulan-bulan. Memang menyeksakan. Ada yang makin menjadi-jadi pada waktu malam hingga nak tidur pun sukar.

SAJAHEBOH.COM - Petua Ajaib Untuk Redakan Batuk Berbulan-bulan Dalam Sehari Saja!Walaupun dah cuba pelbagai ubat tak tak juga sembuh dan tak juga lega. Kalau itu yang sedang anda alami mungkin boleh cuba perkongsian dari Azliza Talib ini. Dia berkongsi satu usaha untuk meredakan batuk dalam tempoh satu hari saja. Ajaib kan!

Hanya ada dua bahan utama yang digunakan iaitu madu yang memang diketahui berkesan dalam merawat masalah batuk.

Kalau rawatan kena atau serasi tak mustahil batuk yang berbulan-bulan ini reda dalam tempoh sehari. Malah tak salah kalau nak mencuba sebab bahan-bahan yang digunakan semula jadi dan selamat.

Tips mudah hilangkan batuk dalam 1 hari sahaja dengan bawang putih dan madu.

BAHAN-BAHAN:

SAJAHEBOH.COM - Petua Ajaib Untuk Redakan Batuk Berbulan-bulan Dalam Sehari Saja!

3 – 4 ulas bawang putih – dikupas dan dicincang halus.

1 cawan madu

CARA PENYEDIAAN:

Bawang putih yang dicincang halus dicampur dengan secawan madu.

Kemudian tutup cawan lalu simpan selama 3 jam sebelum dimakan.

CARA PENGAMBILAN:

Selepas 3 jam, dimakan 1 sudu teh setiap 1 jam.

Antara manfaat bawang putih untuk batuk ialah bawang putih mempunyai kandungan bersifat anti bakteria, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.

Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.

Jangan lupa untuk tengok entri petua hilangkan batuk berkahak dan tekak gatal.

Source: Kakipromo / Azliza Talib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *