Padah Pandu Laju Tunjuk Hebat, Provok Dan ‘Cucuk’ Kereta Orang, Pemandu Camry Eksiden Depan Roadblock

Padah Pandu Laju Tunjuk Hebat, Provok Dan Cucuk Kereta Orang, Pemandu Camry Eksiden Depan Roadblock. Padah memandu laju dan berlagak, seorang pemandu kereta yang terkejut melihat sekatan polis di hadapan terlanggar penunggang motosikal sehingga melambung ke udara.

SAJAHEBOH.COM - Padah Pandu Laju Tunjuk Hebat, Provok Dan 'Cucuk' Kereta Orang, Pemandu Camry Eksiden Depan Roadblock . . . SAJAHEBOH.COM . . . SAJA HEBOHRakaman video yang mula dimuat naik oleh Lau Meng Yau ke laman komuniti masyarakat Cina di Facebook itu tular dan turut disebarkan oleh beberapa pengendali laman facebook berbahasa Melayu.

Berdasarkan video dashcam kereta Meng Yau, kejadian itu berlaku pada jam 3 pagi Khamis, di mana kereta itu datang dari belakang dengan laju dan mencucuk kereta Meng Yau, sebelum Meng Yau memberi laluan kepada kereta tersebut.

Tetapi pemandu kereta terbabit dilihat tidak berpuas hati dengan Meng Yau dengan menekan brek beberapa kali di hadapan kereta Meng Yau dan memecut meninggalkannya.

Meng Yau kemudian memecutkan keretanya meninggalkan kereta terbabit dan tidak lama kemudian ia datang kembali mengejar kereta Meng Yau yang sudah memperlahankan keretanya berikutan ada sekatan polis di hadapan.

Bagaimanapun tindakan pemandu terbabit mengundang padah apabila dia tidak menyedari sekatan itu dan cuba membrek kenderaannya. [SAJAHEBOH.COM] Malangnya dia gagal berbuat demikian lalu merempuh seorang penunggang motosikal di hadapan anggota polis.

Berkata kepada mStar Online, Meng Yau pada ketika itu baru pulang dari bertemu dengan rakannya di Jalan Klang Lama.

“Sebelum kejadian, saya memandu secara perlahan untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba ada sebuah kereta memecut laju dari jauh dan ‘mencucuk’ rapat kereta saya dari arah belakang.

“Saya pun berikan dia laluan tetapi dia seolah-olah ingin mencari masalah dan mula menekan brek beberapa kali ketika berada di depan kereta saya.

“Saya tidak mahu terlibat dengan kejadian yang tidak diingini lalu memintas kereta itu sehingga kereta itu hilang dari pandangan.

“Namun saya tidak menyangka pemandu itu akan melakukan perbuatan itu sekali lagi sehingga hilang kawalan dan melanggar seorang penunggang motosikal. [Sajaheboh.com] Saya nampak penunggang itu melambung ke atas jalan raya dan bangun selepas dia dilanggar.

“Kemudian polis datang memberikan bantuan kepada mangsa dan turut bercakap dengan pemandu yang melanggarnya itu. Saya tidak pasti apa yang berlaku selepas itu,” katanya.

Rata-rata netizen berasa simpati terhadap nasib yang menimpa penunggang motosikal tersebut akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pengguna jalan raya yang lain.

“Sudahlah memandu laju, langgar orang pula. Kesian kawan yang naik motosikal itu, tak pasal-pasal tergolek. Harap tiada apa berlaku kepada dia,” tulis Noor Fazliana Ramli.

“Nasib baiklah polis ada, boleh jadi saksi. Kereta tu nak ke mana? Pergilah ikut polis ke balai,” komen Abdul Hadi Haizam.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *