Mat Sabu Sebak Tidak Mampu Menahan Kesedihan Ketika Berucap Walaupun Dalam Berjenaka

Mat Sabu Sebak Tidak Mampu Menahan Kesedihan Ketika Berucap Walaupun Dalam Berjenaka. “40 tahun ceramah tanpa teks,” ketika semua org ketawa, Mat sabu sebak dan terhenti dari beri ucapan. Ada sebab kenapa Mat Sabu sebak.

SAJAHEBOH.COM - Mat Sabu Sebak Tidak Mampu Menahan Kesedihan Ketika Berucap Walaupun Dalam BerjenakaMat Sabu kelihatan sebak sewakti berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan hari ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sebak dan hampir mengalirkan air mata sewaktu berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Mohamad Sabu tidak mampu menahan kesedihan ketika mengenangkan pengorbanan warga-warga ATM yang sentiasa berjuang bersungguh-sungguh tanpa mengira masa dan tempat bagi memastikan keselamatan negara terus dikekalkan.

Menurutnya, sumbangan daripada 51 syarikat dan individu yang bernilai kira-kira RM1.5 juta kepada anggota ATM yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri membuktikan keprihatinan rakyat terhadap pengorbanan perajurit negara.

“Soal kebajikan anggota ATM merupakan perkara yang penting dan perlu diberi keutamaan oleh semua pihak. Ia bagi memantapkan keupayaan mereka dalam memperjuangkan kedaulatan seterusnya menyumbang kepada kemakmuran negara.

“Jadi, warga ATM mengharapkan agar pada tahun depan lebih banyak syarikat yang bukan sahaja mempunyai hubungan dengan Kementerian Pertahanan turut dapat menghulurkan sumbangan malah syarikat gergasi yang lain juga,” katanya.

“Kita kenangkan ini kerana tentera kita berada di perbatasan negara menjalankan tugas untuk kepentingan dan keselamatan negara… oleh itu, pengorbanan perajurit ini hendaklah disanjung oleh semua pihak.

“Para perwira dan perajurit kita akan terus bertugas dengan mengetepikan kepentingan diri dan keluarga walaupun dalam suasana hari raya yang bakal kita sambut tidak lama lagi,” katanya.

Turut hadir isteri Menteri Pertahanan, Normah Alwi, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohd. Affendi Raja Mohd. Noor dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu membuatkan suasana gamat di Auditorium Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak.

Mohamad Sabu mencuit hati warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan jenaka ‘lebih senang berceramah daripada membaca teks ucapan’.

Lebih dikenali sebagai Mat Sabu, beliau berkata sebelum ini 40 tahun beliau berceramah tanpa teks dan selepas bergelar menteri perlu mengikut teks ucapan.

“40 tahun ceramah tanpa teks,” disambut gelak ketawa tetamu jemputan.

Mat Sabu Sebak

(Admin) Dalam berjenaka, Mat Sabu sebak kenang jasa tentera

Posted by Mohamad Sabu on Thursday, 31 May 2018

sumber : Mstar & kinitv

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *