Makna Posisi Tidur Atau Gaya Tidur Dan Kaitan Dengan Personaliti Anda

Tahukah anda akan Makna Posisi Tidur Atau Gaya Tidur Dan Kaitan Dengan Personaliti Anda. Bagaimana posisi tidur kegemaran anda di rumah?  Tahukah anda semua, bahawa posisi tidur seseorang itu boleh digunakan untuk mengenali personaliti dan sikap mereka dalam kehidupan seharian.

Makna Posisi Tidur Atau Gaya Tidur Dan Kaitan Dengan Personaliti AndaTidak dinafikan lain orang mempunyai posisi tidur yang digemari yang mungkin tidak sama dengan orang lain. Bagi yang sudah bersuami, mungkin juga ada yang suka tidur berbantalkan lengan suami kan? Di bawah ini adalah beberapa posisi tidur dan apa makna dan personaliti mereka yang suka tidur dengan posisi yang mereka sukai.

Tidur Tanpa Menggunakan Bantal
Eh, betul ke ada orang yang suka tidur tanpa bantal? Mungkin kedengaran sangat pelik, tapi memang ada jenis orang yang suka tidur tanpa bantal. Mereka ini dikatakan mempunyai ego yang tinggi dan mempunyai sikap terlalu yakin pada diri sendiri.

Tidur Sambil Peluk Bantal
Mereka yang suka tidur sambil peluk bantal dikatakan berjiwa romantik serta mempunyai jiwa seni dan mempunyai penghayatan tinggi kepada music, sastera, ukiran arca dan juga lukisan. Mereka ini pandai menilai sesuatu benda yang susah ditafsir oleh orang lain. Selain itu mereka juga kebanyakannya mempunyai tingkah laku yang sopan dan sentiasa hormat dengan orang lain.

Tidur Menggunakan Banyak Bantal
Tidur menggunakan banyak bantal dikatakan mereka yang sentiasa inginkan keselesaan dalam hidup mereka. Selain itu, mereka ini juga jenis yang susah sikit untuk tidur lena di tempat lain selain daripada rumah mereka. Mereka juga dikatakan kadang-kadang kurang keyakinan pada diri-sendiri. Mereka dikatakan juga agak susah untuk melakukan perkara seorang diri tanpa memerlukan sokongan atau galakan dalam perkara yang mereka hendak lakukan. Mereka ini bagaimanapun agak setia dan sangat menghargai persahabatan dan hubungan dengan orang lain.

Gaya Tidur Menggunakan Satu Bantal
Mereka ini mempunyai sifat berdikari yang tinggi dan mampu menyelesaikan kebanyakan masalah tanpa perlukan bantuan orang lain. Mereka ini juga jenis yang susah untuk duduk di rumah dan sentiasa ingin berjalan-jalan di luar. Selain itu, mereka yang tidur dengan satu bantal ini juga dikatakan memiliki personaliti yang tidak memilih dan menerima apa yang ada.

Gaya Tidur Dengan Bantal Bawah Kaki
Biasanya bayi atau kanak-kanak suka tidur dengan cara ini. Bagi yang suka tidur dengan posisi begini, mereka dikatakan agak pendiam dan kurang bergaul dengan orang lain. Mereka juga dikatakan tidak mempunyai sikap bersungguh-sungguh untuk berjaya dan sentiasa ingin mencari jalan pintas. Selain itu, mereka juga dikatakan menpunyai sikap yang manja dan suka mengada-ngada terutama dengan orang yang mereka kenali.

Tidur Meniarap
Mereka yang tidur meniarap tidak suka mengikut kata-kata orang lain dan sentiasa ingin menjadi ketua atau leader serta mempunyai tahap keyakinan yang tinggi pada kebolehan diri-sendiri. Tetapi, cara tidur dengan posisi meniarap ini boleh mengebabkan kita mengalami masalah pernafasan dan kalau boleh elakan.

Tidur Gaya Bebas dan Terlentang
Mereka yang tidur begini sukakan kebebasan dan tidak suka dikongkong oleh orang lain. Selain itu, tidur mereka juga kadang-kadang disusuli dengan dengkur dan tidur mereka biasanya agak nyenyak.

Tidur Dalam Keadaan Mengiring
Tidur secara mengiring adalah posisi tidur yang mungkin paling disukai oleh kebanyakan kita. Mereka yang suka tidur mengiring dikatakan selalu bimbang terhadap sesuatu perkara atau benda yang merungsingkan hati mereka. Selain itu, mereka juga agak sensitif dan pemalu dengan orang yang tidak dikenali.

Tidur Mengiring Tetapi Lurus
Mereka yang suka tidur secara mengiring adalah mereka yang boleh dipercayai dan peramah. Tidur dengan posisi ini juga sebenarnya sangat bagus untuk kesihatan tulang belakang kita.

Tidur Terlentang dan Lurus
Tidur dalam posisi ini dan tanpa bantal sebenarnya boleh menyebabkan kita seirng sakit belakang. Orang yang suka tidur seperti ini dianggap seorang yang serius dalam hampir semua perkara yang mereka buat dan tidak suka perkara yang membuang masa.

Baca juga rahsia personaliti disebalik nombor kelahiran dan juga rahsia cara duduk seseorang itu. Sebelum tidur anda juga mungkin boleh amalkan petua sebelum tidur ini untuk kesihatan lebih baik.

source: Kakipromo

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *