Mak Nak Tolong Jaga Suami Masa Pantang, Biar Suami Saya Tidur Dengan Dia

Mak Nak Tolong Jaga Suami Masa Pantang, Biar Suami Saya Tidur Dengan Dia. Baru sahaja mengandung anak pertama, wanita ini menjadi trauma memikirkan keadaannya hendak berpantang dimana. Ibarat dikanan racun dikiri pun racun akibat dari mak mertua dan mak sendiri. Ikuti luahan selanjutnya yang menjadi dilemanya.

SAJAHEBOH.COM - Mak Nak Tolong Jaga Suami Masa Pantang, Biar Suami Saya Tidur Dengan DiaAssalamualaikum warga KRT , Admin . Mohon hide profile saya Admin , terima kasih . Masalah saya ialah saya tengah mengandung 7 bulan dan saya tak tahu nak berpantang belah mak saya atau belah nenek suami .

Saya dan suami anak sulung dan anak yang saya kandungkan ni adalah cucu dan cicit pertama kedua belah keluarga . Kalau saya pilih berpantang dengan belah suami semuanya nampak mudah sebab nenek suami adalah bidan kampung. Tapi saya risau setiap kali bulan saya balik sana mesti saya makan hati dan dibuli dengan nenek suami .

Mak mertua saya selalu juga balik rumah nenek suami walaupun duduk jauh , takdalah jauh sangat 2 jam lebih sampai . Depan suami , nenek suami layan saya baik sangat tapi belakang suami Allah je yang tahu .

Masa kandungan saya empat bulan nenek dan mak suami suruh saya kemas rumah , sapu sampah semua pastuh basuh baju guna mesin basuh tapi diorang tak bagi saya bergerak atau duduk , saya terpaksa berdiri depan mesin basuh tu sampai baju tu siap .

Bagi orang yang tak mengandung perkara tu mungkin biasa ja tapi bagi saya yang tengah mengandung dengan pening kepala , alahan teruk , lapar lagi dah nak pengsan dah saya masa tuh .

Dah siap basuh nak kena jemur , nak kena angkat bakul berat dari dapur sampailah ke halaman rumah , lalu depan nenek dan mak suami diorang boleh suruh angkat bakul betul² , ketawakan saya sambil diorang tengok tv makan kopok .

Atuk suami bising cakap kalau suami saya tahu yang saya kena buat segala kerja rumah masa suami kerja , mesti suami takkan balik dah rumah nenek dia . Siap jemur baju , masuk rumah baru nak duduk dah suruh saya mop dengan basuh tandas pula . Dari pagi sampai ke petang saya tak sempat mandi dengan makan . Penat sangat .

Bila muka saya dah pucat , muntah tak berhenti tahu memasing takut sebab masa tuh suami nak balik kerja dah . Malam tu saya ajak suami balik , sepanjang perjalanan balik saya diam je . Hanya airmata je yang mampu meluahkan segala rasa . Saya cerita pada suami , suami tak marah saya .

Suami terkejut dan tak nak balik rumah nenek dia lagi . Ada masa tu , mak suami balik rumah nenek pastu suami hantar saya rumah nenek dia . Mulanya suami tak bagi saya balik rumah nenek dia dah , tapi saya tak nak gaduh dengan nenek dan mak suami . Saya tak nak diorang terasa hati .

Masa tu mak mertua tertiba baik buatkan saya segelas air , dia cakap air oren . Saya tak sedap hati , bila saya minum sikit rupanya air nenas bukan air oren . Saya tanya kenapa bagi saya minum air nenas saya kan mengandung . Mana boleh makan nenas . Tertiba nenek suami marah saya dan pergi dapur bawa nenas muda yang dah siap potong paksa saya makan siap tonyoh kat mulut saya . Allah, terkejut saya .

Saya cakap dan terangkan elok-elok ” Nenek , saya tak boleh makan nenas saya kan mengandung . Lagipun doktor cakap rahim saya tak kuat jadi saya kena hati² kena jaga betul² ” . Pastu nenek suami tengking saya cakap ” Doktor tu tuhan ke ? Kau dah tengok ke p*ki kau kuat ke tak ?

Mana kau tahu makan nenas boleh gugur , mak mertua kau dulu mengandung makan nenas elok je ” . Allah tak terkata saya . Saya terus lari masuk bilik kunci pintu . Diorang ketuk macam nak roboh pintu pun saya tak buka . Sedih saya bila teringatkan kejadian tuh , takut pun ada .

Suami saya betul² nak anak . Apa-apa jadi pada anak tak tahu saya nak buat apa . Nenek suami siap pesan pada suami lepas bersalin terus balik sini tak payah singgah memana termasuk rumah mak saya . Saya takut nak berpantang rumah nenek suami .

Nenek suami siap cakap pada saya nanti jangan lupa beli nestum , baby seminggu dah boleh makan sedangkan nurse saya cakap baby bawah enam bulan tak boleh makan apa apa selain susu ibu sahaja .

Satu lagi , nenek dan atuk suami merokok 24 jam dalam rumah jadi saya takut apa-apa jadi pada baby . Suami dah pernah cakap dengan nenek dan atuk dia nanti ada baby tak boleh merokok dalam rumah , jawapan nenek dia adalah ” bont*t kau , lebih je ” . Saya mengandung adalah mengidam makan itu ini tapi nenek dan mak suami cakap saya mengada .

Sedangkan saya cuma nak makan rambutan kuning je pun . Mak mertua saya lagi dahsyat dia punya ngidam . Saya yang mengandung dia pulak over ngidam nak makan asam muda jiran depan lah , nak makan siput lah itulah inilah . Tak nak pulak nenek suami cakap anak dia mengada . Siap boleh cakap dengan saya kena tunaikan permintaan makan dia kalau tak nanti baby nangis lah , ngenceslah .

Saya mengandung , baby membesar logiklahkan kalau perut saya besar memboyot ada diorang cakap perut saya banyak lemak . Eh , sabar je lah tapi boleh ke saya ngandung mak mertua saya yang banyak ngidam dari saya ? Logik tak ??

Kalau saya pilih berpantang rumah mak saya sendiri pula lain masalahnya . Adik saya 2 orang sekolah rendah dan 2 orang sekolah menengah . Mak saya ni muda lagi baru 38 tahun , nampak muda body solid sebab kuat makan jamu even doktor tak bagi makan dah takut overdose . Mak dan ayah saya ada masalah dah dua tahun tak bercakap , tak tidur sebilik .

Ayah saya sayang mak saya tapi mak saya dia perasan muda lawa so lelaki keliling pinggang . Ayah kerja kat terengganu sebulan sekali baru balik . Suami saya ni suka join club kereta , event semua mesti suami masuk .

Mak saya pun sama joins atas sebab nak tolong member uruskan event kononnya . Kalau kata 30 lelaki mak saya sorang ja perempuan , dia punya gedik sampai lupa ayah ngan adik-adik saya .

Setiap kali saya balik rumah mak saya , mak saya berkemban pakai kain batik je depan suami saya, kadang pakai baju tidur sengkat atas peha dengan tak pakai bra . Saya dah banyak kali nasihat marah mak saya tapi dia buat tak tahu je .

Mak saya selalu cakap dengan saya , nak suami saya , nak rasa suami saya pastu siap buka cerita dengan kawan² suami saya yang dia bini no. dua suami saya . Malu saya dan suami depan kawan . Pernah sekali tu suami saya nak mandi , mak saya boleh cakap ” Boleh tak mandi sorang nak mak tolong mandikan tak ? ” .

Allah bagi mak saya mungkin benda tu biasa kalau nak bergurau atau apa-apa niat lain , tapi tak biasa bagi saya . Mak saya siap cakap dengan suami saya kalau saya tak boleh tunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri masa saya mengandung tak apa , dia ada dia boleh tunaikan .

Mak saya cakap nanti pantang biar suami tidur dengan dia , dia boleh tolong jaga suami puaskan suami . Saya jaga baby je . Allah, hancur hati saya ni .

Sebab perempuan yang cakap benda tu adalah mak saya . Mak kandung saya . Saya risau mungkin hari ni suami saya teguh iman dia , tapi esok lusa macam mana kalau terus digoda . Saya sedih dan stress pikir pasal ni . Nak berpantang rumah sendiri tak tahu macam mana moga anak pertama . Mohon warga KRT bagi pendapat apa yang perlu saya buat . Terima kasih sudi baca kisah saya yang panjang ni.

Sumber: MyIslamInfo

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *