Lelaki Tak Hadir Perbicaraan Selepas Langgar 4 Beranak, Rupanya Sekarang Hidup Mewah di Korea

Lelaki Tak Hadir Perbicaraan Selepas Langgar 4 Beranak, Rupanya Sekarang Hidup Mewah di Korea. Kalau anda langgar seseorang dan ahli keluarganya meninggal dunia akibat daripada kejadian itu, pasti anda rasa bersalah kan?

SAJAHEBOH.COM - Lelaki Tak Hadir Perbicaraan Selepas Langgar 4 Beranak, Rupanya Sekarang Hidup Mewah di KoreaPasti anda akan cuba sedaya upaya menebus kesalahan tersebut kecualilah anda seperti lelaki ini. Pada 23 Januari 2015, empat orang wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan telah maut dalam sebuah kemalangan tragik yang berlaku di Jalan Serkam Pantai-Pulai, Melaka.

Mangsa yang terlibat ialah Saimah Wahab, 77, Ida Dollah, 46, dan dua anak perempuan Ida, Siti Rohana Abd Ghaffar, 23, dan Siti Rohani, 18, yang meninggal dunia di tempat kejadian apabila mereka telah dilanggar oleh sebuah Proton Perdana yang hilang kawalan.

Selepas dilanggar Perdana tersebut, kereta mangsa telah bertembung pula dengan sebuah Proton Prevé dari arah belakang yang menyebabkan dua orang mangsa tercampak keluar dari kenderaan. Aduhai…

Walau bagaimanapun, pihak mahkamah telah melepaskan pemandu Perdana sehingga kes tersebut dirayu semula di Mahkamah Sesyen. Menurut suami arwah Ida, Abdul Ghaffar yang juga ahli keluarga tunggal yang masih hidup, dia mahu mengambil tindakan undang-undang dan ingin membawa keadilan atas kematian orang yang tersayang.

SAJAHEBOH.COM - Lelaki Tak Hadir Perbicaraan Selepas Langgar 4 Beranak, Rupanya Sekarang Hidup Mewah di Korea

Walau bagaimanpun menurut The Star, pihak polis Jasin telah mengalami masalah dalam mengesan pemandu tersebut yang juga gagal membalas dakwaan mahkamah yang memintanya untuk menghadiri perbicaraan kes.

Keluarga pemandu tersebut juga memberitahu bahawa suspek telah meninggalkan negara ini hampir dua tahun lalu tanpa memberi sebarang maklumat untuk dihubungi. Laa macam tu pulak?

Di saat kes ini menemui jalan buntu, pihak polis akhirnya berjaya mengesan mangsa menggunakan media sosial dan menjumpai gambar-gambar suspek yang kini hidup mewah di Seoul, Korea. Kesemua gambar ini telah dimuat naik di laman Instagram dan Facebook peribadinya!

Lebih mengejutkan, polis juga telah menjumpai foto suspek sedang menikmati makanan di restoran yang mahal serta bergambar dengan kereta mewah, malah suspek juga difahamkan telah tinggal di Seoul semenjak Februari 2017 lalu. Fuh gilalah!

Susulan penemuan itu, polis kini sedang mencari jalan untuk membawa suspek pulang ke Malaysia semula. Manakala Abdul Ghaffar pula sangat bersyukur apabila mendapat tahu tentang perkembangan terbaru kes ini.

SAJAHEBOH.COM - Lelaki Tak Hadir Perbicaraan Selepas Langgar 4 Beranak, Rupanya Sekarang Hidup Mewah di Korea

“Saya kehilangan dua orang anak, isteri, ibu mertua dan juga harapan untuk membawa keadilan atas kematian mereka. Saya bersyukur apabila pihak polis memberitahu yang mereka berjaya menjejakinya. Saya berterima kasih kerana membawa berita baik ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka, Datuk Lim Ban Hong telah memuji usaha pegawai polis Jasin yang berjaya mengesan suspek.

“Perkara ini telah membawa mesej tegas kepada awam bahawa tiada sesiapa yang akan terlepas apabila melanggar undang-undang lalu lintas,” ujarnya.

Syukurlah suspek yang dicari-cari kini sudah dijumpai. Semoga ada sinar baru dalam hidup suami mangsa yang ingin mencari keadilan buat keluarganya.

Kredit: Lobakmerah.com

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *