Lelaki Cedera Parah Diserang Ular Sawa Sepanjang 7 Meter Semasa Pulang Kerja

Lelaki Cedera Parah Diserang Ular Sawa Sepanjang 7 Meter Semasa Pulang Kerja. Seorang lelaki yang juga pengawal keselamatan, Robert Nababan, 37, telah menjadi sasaran seekor ular sawa sepanjang 7 meter yang teramat besar ketika pulang dari tempat kerjanya.

Lelaki Cedera Parah Diserang Ular Sawa Sepanjang 7 Meter Semasa Pulang KerjaDalam kejadian yang amat menakutkan itu, Robert dikatakan terserempak dengan haiwan pemangsa itu yang sedang melintas jalan yang sering dia lalui untuk ke tempat kerjanya setiap hari.

Robert yang terkejut dengan keadaan itu telah memberhentikan kenderaannya untuk melihat dan cuba mendekati ular sawa berkenaan. Robert berkata,

Lelaki Cedera Parah Diserang Ular Sawa Sepanjang 7 Meter Semasa Pulang Kerja

“Saya pulang dan melihat ular itu melintas di Jalan Sungai Akar, kemudiannya saya berhentikan motosikal saya serta mendekati ular tersebut.”

Menurut Robert lagi, ketika melalui jalan itu dia tidak keseorangan kerana terdapat dua orang lagi yang turut berhenti dan memerhati ular berkenaan yang sedang melintas jalan.

Lelaki Cedera Parah Diserang Ular Sawa Sepanjang 7 Meter Semasa Pulang Kerja

Robert turut mengaku bahawa hanya dirinya sahaja yang begitu berani mendekati ular yang amat menakutkan itu. Pada ketika itu, ular tersebut secara tiba-tiba telah menyerang dan turut mengigit lengan kirinya.

Robert yang terkejut dengan serangan ular berkenaan telah cuba untuk melepaskan diri sebelum bergelut supaya ular tersebut melepaskan gigitannya.

Lelaki Cedera Parah Diserang Ular Sawa Sepanjang 7 Meter Semasa Pulang Kerja

Akibat serangan ular itu, Robert telah mengalami kecederaan yang parah. Lengan kiri Robert dikatakan telah terkopak kerana digigit ular sawa tersebut. Robert kemudiannya telah dikejarkan ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Selain cedera parah, nyawa Robert mungkin tidak dapat diselamatkan lagi sekiranya beliau tidak segera dihantar ke hospital kerana kecederaan akibat gigitan ular tersebut menyebabkan darah robert terkeluar tanpa henti sehinggakan membahayakan nyawanya sendiri.

Difahamkan, kerana gigitan ular sawa itu juga telah menyebabkan urat nadi tangannya telah terputus. Robert dikatakan terpaksa menjalani pembedahan demi untuk menyelamatkan nyawanya.

Lelaki Cedera Parah Diserang Ular Sawa Sepanjang 7 Meter Semasa Pulang Kerja

Orang ramai dikatakan telah berjaya menangkap ular tersebut yang kemudiannya dibunuh dan digantung pada pokok sebagai tontonan kepada orang ramai dan ia menjadi tumpuan kanak-kanak sehingga berani menyentuhnya.

Lelaki Cedera Parah Diserang Ular Sawa Sepanjang 7 Meter Semasa Pulang Kerja

Berita mengenai serangan ular sawa telah kecoh di media sosial selepas beberapa gambar yang dimuat naik oleh saudara kepada Robert Nababan menjadi perhatian ramai.

Rata-rata netizen dilihat begitu terkejut dengan gambar-gambar tersebut yang turut memaparkan keadaan mangsa yang luka parah dan selain gambar ular sawa yang sangat besar itu.

source

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *