“Kenapa Tak Cukur Semak Samun Ni” – Nurse Comel

Kenapa Tak Cukur Semak Samun Ni,” – Nurse Comel. Nak tergelak pun ada baca screen shoot yang mula di viralkan pasal seorang lelaki yang nak jalani pembedahan di bahagian peha cela kangkang yang terasa macam di aibkan bila jururawat wanita mencukur licin bulu kemaluan dia sebelum operasi pembedahan berlaku.

SAJAHEBOH.COM - “Kenapa Tak Cukur Semak Samun Ni” – Nurse ComelDia katanya tak puas hati sebab pembedahan tu bukan di kemaluan tapi di bahagian peha. Dia terasa macam orang ambil kesempatan keatas dia. Nak tergelak aku baca.. Aduhai! Nurse pun tak kuasa la nak pegang orang punya apatah lagi sesaja nak tolong cukur bulu kat tempat tu.

Sebab tu procedure sebelum lakukan pembedahan terpaksa la jugak depa buat. Mungkin depa gelak2 tu sebab cover malu kot… atau depa memang rasa kelakar kena cuku bulu orang punya.

Salam warga Sungai Petani, nak tanya sikit. Baru-baru ini saya ada menjalani pembedahan kecil membuang kelenjar yang tumbuh di celah paha saya.

Kejadian ini berlaku di Hospital Sultan Abdul Halim. Sebelum pembedahan dijalankan, seorang jururawat datang menyuruh saya membuka seluar untuk memeriksa bahagian yang hendak dibedah.

Tiba-tiba mereka marah saya.

“Kenapa tak cukur bulu ni?!”

Kemudian, dua jururawat muda ini mengambil pisau cukur, memegang kemaluan saya dan mencukur bulu kemaluan saya sehingga licin sambil tergelak-gelak.

Saya benar-benar terkejut dan tidak tahu nak kata apa. Apabila saya bertanya pada mereka, mengapa perlu dicukur bulu kemaluan sedangkan yang hendak dibedah itu adalah bahagian celah paha.

“Kalau doktor nampak ‘semak samun’ ini, dia tak akan melakukan pembedahan ini,” kata mereka.

Adakah perkara ini satu kewajiban atau mereka sengaja mengambil kesempatan ke atas diri saya? Perlukah saya melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa?

Prosedur mencukur bulu sebelum pembedahan di kawasan pubis termasuk di peha adalah satu perkara biasa dan dilakukan bertujuan mengurangkan risiko terhadap jangkitan ketika pembedahan.

Menurut seorang doktor, Dr. Aznil Hisham, ia mesti dilakukan sebelum pembedahan, bukannya ketika pembedahan dilakukan.

“Adalah menjadi tugas nurse (jururawat) memastikan persediaan pesakit sebelum pembedahan. Malaysia belum mencukupi male nurse (jururawat lelaki). Anda tidak bernasib baik,” demikian kata beliau bagi memberi penjelasan mengenai prosedur berkenaan selepas seorang lelaki memuatnaik dalam facebooknya mengenai prosedur berkenaan.

Dipersoalkan kenapa mahu dibelah kaki, tetapi perlu bercukur kemaluan pula.

Mula-mula mari saya terangkan tentang bercukur. Ada sesetengah kes dimana ‘skin prep’ perlu dilakukan keatas pesakit. Walau bagaimanapun, sekarang skin prep akan dilakukan di dewan bedah sebelum pembedahan di jalankan.

Rasional disini, bimbang liang-liang roma yang terbuka akibat kesan cukur akan menyebabkan potensi infection pada kulit tersebut. Selain itu pendedahan terlalu lama kawasan yang dicukur kepada persekitaran dibimbangi akan menjadi media untuk pembiakan kuman.

Berbeza dengan dewan bedah kerana minimal tempoh masa pendedahan selepas bercukur dan antara pembedahan adalah sedikit.

Bagi kes bercukur di kawasan yang mahu dibedah. Bulu yang tumbuh dikawasan pembedahan dibimbangi mempunyai normal flora yang akan masuk ke dalam luka yang dibuka. Bercukur adalah bertujuan untuk meminimalkan potensi jangkitan kuman dari bulu ke luka yang dibuka.

Dalam islam sendiri, menjaga kebersihan itu adalah fitrah lebih-lebih lagi di bahagian kemaluan. Disana, pelbagai kuman boleh hinggap dan menyebabkan pelbagai penyakit.

Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)

Kawasan kemaluan kita adalah kawasan yang mudah berpeluh selain potensi lekatan najis pada bulu-bulu yang tidak di rapikan itu.

Berbalik kepada viral tersebut…

Walaupun pembedahan dilakukan di kaki atau abdomen, kebersihan alat kelamin juga perlu dititik beratkan. Sebagai contoh ingin memasukkan tiub kencing ( Continuous Bladder Drainage-CBD) bagi kes-kes sebelum Czer, laparotomy, THR dan lain-lain. Selain memudahkan perawat dalam proses memasukkan CBD tersebut, ia juga akan memberi keselesaan kepada anda sebagai pesakit.

Jujur saya katakan, saya sendiri malu apabila melihat pesakit yang datang dengan bulu yang boleh diikat seperti tocang. Ya Allah. Bagaimana anda menjaga kebersihan diri jika kebersihan yang satu itu tidak dijaga?.

Kerana itu bagi kes sebelum czer, ada jururawat yang akan memberi anda pisau cukur supaya anda boleh membersihkan kawasan itu sendiri dari mengharapkan orang lain melakukannya di dewan bedah. Kerana kami tahu bahawa ada antara pesakit turut malu jika mencukur yang itu pun minta staff yang lakukannya bukan?.

Tetapi, jika anda tidak mampu melakukannya, minta bantuan suami atau jururawat untuk membantu.

“Ada lima hal termasuk fitrah; Istihdad, khitan, memangkas kumis, mencabut bulu kemaluan, dan memotong kuku.”
(HR. Bukhari, Muslim dan yang lainnya)

Meremehkan jagaan kawasan yang satu itu bukanlah suatu benda yang boleh dipandang sebelah mata. Tak guna cantik serba serbi tapi yang satu itu tidak molek seperti tuannya.

Kita tak boleh la nak gelakkan pesakit @ mangsa tu.. Bukan semua orang awam faham procedure sebelum lakukan pembedahan kat tempat berdekatan dengan alat sulit. Benda tu perlu di terangkan oleh doktor atau orang yang sepatutnya supaya mereka tak pertikaikan kenapa & mengapa sehingga berlaku salah faham.

Jangan la gelakkan pesakit. Manusia ni ada perasaan malu. Nak2 melibatkan kemaluan ni. Dah nama kemaluan confirm la tempat tu la menjadi tempat yang paling malu kalau orang tengok.

Kemaluan ni bukan tempat untuk di tunjukkan pada umum macam kita tunjuk fesyen yang nampak trendy.

SAJAHEBOH.COM - “Kenapa Tak Cukur Semak Samun Ni” – Nurse Comel

Lelaki itu yang berasal dari Sungai Petani telah mengadu mengenai prosedur terbabit yang dilakukan kepadanya, sebelum pembedahan membuang kalenjar yang tumbuh di celah pahanya di sebuah hospital.

Dia ingin mengetahui sama ada prosedur berkenaan merupakan satu kewajiban atau jururawat yang melakukannya sengaja mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Jadi bila terpaksa kangkang untuk orang lain buat sesuatu memang la tahap ke’malu’an tu tak dapat di ceritakan. Kita bersalin pun walau doktor perempuan yang sambut pun malu tu ada.

Moral of the story.. kesilapan ni pada kedua dua belah pihak. Pihak petugas hospital yang mungkin tak jelaskan secara terperinci kepada pesakit kenapa perlu buat macam tu & pesakit tu sendiri tak tanya sampai faham kenapa perlu buat macam tu. Hanya serah diri lepas tu up kat media sosial.

Sumber: eberita dan FB Medical Mythbuster Malaysia

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *