Kenapa Suami Isteri Perlu Tidur Berpelukan Sesama Sendiri Setiap Hari? Ini Sebabnya

Kenapa Suami Isteri Perlu Tidur Berpelukan Sesama Sendiri Setiap Hari? Ini Sebabnya… Ishh, tak kan lah setiap malam nak kena tidur berpelukan kan? Tapi sebenarnya tidur berpelukan sesama sendiri dengan pasangan ada banyak manfaatnya yang tersendiri.

SAJAHEBOH.COM - Kenapa Suami Isteri Perlu Tidur Berpelukan Sesama Sendiri Setiap Hari? Ini SebabnyaBerikut adalah sebab mengapa para suami isteri digalakkan untuk tidur saling berpelukan setiap hari:

1. Mencegah Stress

Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres.

Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu.
Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.

2. Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’

Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta.
Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.

3 . Tidur Lebih Nyenyak

Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur.
Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.

4. Baik Untuk Jantung

Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda.
Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.

5. Bangun Penuh Bertenaga

Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda.
Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.

6. Panjang Umur

Satu kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai.

Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.

7. Tanda Luahan Kasih Sayang

Pelukanjuga tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri.
Ia dapat memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.

Selain itu, pelukan suami kepada isteri juga banya manfaatnya seperti yang  diterangkan dalam entri KHASIAT PELUK.

 

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *