Kantoi Cuba Menyelinap Masuk Pesawat, Wanita Diheret Keluar Setelah Enggan Keluar

Kantoi Cuba Menyelinap Masuk Pesawat, Wanita Diheret Keluar Setelah Enggan Keluar. Gara-gara menyelinap masuk ke sebuah pesawat, seorang wanita terpaksa diheret keluar selepas dia enggan meninggalkan kawasan tersebut.

SAJAHEBOH.COM - Kantoi Cuba Menyelinap Masuk Pesawat, Wanita Diheret Keluar Setelah Enggan Keluar                                                                                                                              .                                                                                                                       . SAJA HEBOHSebuah video yang dirakam penumpang penerbangan itu menjadi viral menunjukkan wanita itu diheret keluar oleh pengawal keselamatan dalam kejadian yang mengejutkan itu.

Insiden itu dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Metropolitan Detroit, Amerika Syarikat.

Menurut jurucakap syarikat penerbangan Delta Air Lines, pihak mereka terpaksa mengheret wanita itu keluar dari pesawat selepas dia enggan keluar walaupun sudah diarahkan oleh pegawai bertugas.

Wanita tersebut dilaporkan berjaya memasuki penerbangan itu tanpa sebarang pas masuk.

“Walaupun sudah diarahkan banyak kali untuk keluar dari situ, tapi dia masih degil untuk keluar dari pesawat sehinggakan kami terpaksa mengheretnya keluar.

“Dia kini ditahan dan bakal dikenakan tindakan undang-undang berhubung tindakannya itu,” kata wakil itu lagi.

Berikut ialah video dari Renespoints.com semasa kejadian:

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *