Jadi Kuli Demi Calon Isteri Masuk U, Tapi Akhirnya Nikah Orang Lain, Tak Sangka 3 Tahun Kemudian Lelaki Itu Rupanya

Jadi Kuli Demi Calon Isteri Masuk U, Tapi Akhirnya Nikah Orang Lain, Tak Sangka 3 Tahun Kemudian Lelaki Itu Rupanya. Sungguh sedih dengan kisah apa yang menimpa pemuda ini. Dia sudah berkorban jiwa dan raga demi kekasihnya, malah ini pembalasan yang diterima olehnya.

SAJAHEBOH.COM - Jadi Kuli Demi Calon Isteri Masuk U, Tapi Akhirnya Nikah Orang Lain, Tak Sangka 3 Tahun Kemudian Lelaki Itu RupanyaWalaupun kekasihnya mengkhianatinya, dia masih mengharap ada keajaiban terjadi. Begini kisahnya: Namanya Chen Hong, ketua kelas saya. Dia cantik, prestasi di sekolah sangat bagus. Nada bicaranya halus dan lembut. Di dalam kelas kami duduk semeja. Kerana kegigihanku mengejarnya, akhirnya dia bersedia menjadi kekasihku.

Pada awal percintaan yang naif, Chen Hong dengan tegas mengatakan kepadaku agar jangan selalu mencarinya, kerana masing-masing perlu tumpukan pada pembelajaran.

Kita perlu saling menyokong dan masing-masing perlulah memberikan semangat, berusaha lulus dengan sebaik mungkin dan boleh menyambung ke peringkat universiti.

Berbekalkan dengan tekad yang sama, kami pun berjaya mengharungi dan lulus peperiksaan. Sayangnya, saya hanya diterima masuk ke kolej swasta, sedangkan Chen Hong pula masuk universiti terkemuka.

Tetapi keadaan ekonomi keluarganya tidak terlalu bagus, ditambah lagi dengan orang tuanya yang lebih mengutamakan anak laki-laki daripada perempuan. Orang tuanya tidak mampu membiayai yuran kuliahnya, mereka menyuruhnya berhenti kuliah, dan mencari kerja saja.

Melihat keadaannya selalu murung sepanjang hari, aku pun mengatakan kepadanya, “Awak sambung kuliah saja, kan aku masih ada, aku sudah tidak mahu melanjutkan pembelajaran di kolej. Jadi, aku akan cari kerja dan membiayai yuran kuliah awak.”

Awalnya dia menolak, namun aku tetap berkeras menyuruhnya sambung kuliah pengajian, akhirnya dia pun akur dan menyambung kuliah di universiti itu semula.

Sementara aku pula memulakan pekerjaan dengan bekerja di sebuah kilang. Demi membiayai yuran kuliahnya, setiap bulan aku berjimat-cermat dalam perbelanjaan hidupku seharian, selebihnya aku serahkan kepadanya.

SAJAHEBOH.COM - Jadi Kuli Demi Calon Isteri Masuk U, Tapi Akhirnya Nikah Orang Lain, Tak Sangka 3 Tahun Kemudian Lelaki Itu Rupanya

Dipendekkan cerita , setelah empat tahun kemudian, kekasihku pun akhirnya tamat belajar. Selama empat tahun itu, kerana ingin berjimat, aku jarang berjumpa dengannya.

Kami cuma bertemu pada hari raya, diwaktu lain kami hanya berkomunikasi melalui telefon. Tak lama selepas konvokesyen, dia akhirnya mendapat pekerjaan.

Suatu hari, aku ingin memberinya sebuah kejutan, lalu aku menunggunya di depan pejabatnya, dan ketika aku nak menelefonnya.

Aku melihatnya berjalan keluar bersama dengan rakan sekerjanya, dan dia nampak terkejut ketika melihatku. Melihat itu, rakan sepejabatnya bertanya siapa lelaki ini, “Oh, dia sepupu saya di kampung,” katanya merespon pertanyaan rakannya itu.

Dadaku terasa sebak mendengar ucapan itu, namun, dia cuba menjelaskan kepada aku bahawa itu syarat tempat kerjanya yang melarang pekerjanya bercinta, semuanya akan kembali normal setelah dia naik pangkat. Dan aku percaya saja dengan penjelasannya.

Tak lama kemudian, aku meluahkan hasrat mahu menikah, tetapi dia memberi alasan kariernya baru saja bermula. Kami memang bercinta jarak jauh, terpisah antara dua negeri.

Hinggalah suatu hari, ketika kita bertemu, dia meluahkan sudah bosan dengan hubungan jarak jauh, dan mengatakan mahu bernikah dengan seseorang. Bukan main gembiranya aku mendengarnya, aku fikir akhirnya dia bersedia juga menikah denganku.

Tetapi tak disangka, dia juga mengatakan sudah tidak mencintaiku lagi, dia ingin bernikah dengan lelaki lain. Sesaat aku tersentap dan hampir tidak percaya dengan apa yang dikatakannya, namun, tanpa menoleh lagi dia pun pergi meninggalkan aku.

Kawan aku pernah memberitahu, ada seorang pemuda tampan membawa kereta mewah sambil membawa rombongan bertandang ke rumahnya untuk majlis pertunangan.

Aku tidak rela, orang tuanya tahu ada seseorang yang baik hati yang selalu membantunya, tetapi tidak pernah tahu bahawa sosok tubuh orang baik hati ini adalah aku.

Pada hari pernikahannya, aku melihatnya turun dari kereta, ditangan, aku membawa sebuah buku catatan tentang kos pembiayaan yang aku keluarkan selama bertahun-tahun untuk membiayai yuran pengajian dan hidupnya seharian ketika itu, dan sekarang aku ingin menuntutnya semula.

Dia kelihatan panik dan bingung sekaligus malu setelah melihatku, melihat suasana itu, mempelai keluarga pemuda pun bertanya kepadanya, tetapi dia hanya diam membisu.

Kemudian, ayahnya si mempelai lelaki itu menarikku jauh dari sana, lalu memberikan wang kepadaku dan menyuruhku segera pergi, atau dia akan mengambil tindakan kalau aku tak mahu pergi.

Aku pun pergi setelah menerima wang itu, walaupun sakit hati ini, tetapi aku sedar semua itu sudah berlalu, dan aku merasa tidak berguna bersedih hati hanya untuk wanita seperti itu.

Akhirnya dengan wang itu aku buat modal berniaga. 5 Tahun kemudian perniagaan aku berhasil dan maju begitu pesat dan kini aku mempunyai beberapa perniagaan di kota.

Hidupku berubah 180 darjah, aku juga kembali melanjutkan kuliah pengajian dan aku bersyukur kerana aku menemui seorang wanita yang begitu cantik dan sudi menerimaku.

Suatu hari saat aku menuju ke pejabat, aku terlihat kelibat seorang wanita yang aku kenali, aku minta pemandu untuk berhenti kerana aku melihat itu rupanya Chen bekas kekasih ku dulu.

Dia berjalan seperti kebingungan, menjinjing beg seperti menunggu bas.

Aku memberanikan diri menghampirinya dan bertanya apa yang berlaku. Dia terkejut melihat perubahan hidup aku.

Dia menangis dan menceritakan bahawa hidupnya tidak bahagia, kerana suaminya seorang yang pemarah dan kini dia diceraikan.

Melihat situasi itu, aku kasihan dan menghantarnya ke kampung kedua orang tuanya. Dia meminta maaf dan mengaku menyesal, tetapi sayangnya sekarang aku sudah ada wanita lain yang begitu baik padaku.

Sumber : Tribun

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *