Isteri Cari Pendapatan Sampingan Di Pusat Hiburan

Isteri Cari Pendapatan Sampingan Di Pusat Hiburan. Suami sering ‘makan luar’ mungkin perkara yang sering kita dengar. Namun, pada zaman ini ada juga isteri yang curang dengan suami.

SAJAHEBOH.COM - Isteri Cari Pendapatan Sampingan Di Pusat HiburanLebih menyedihkan isteri pula ditahan ketika berhibur dengan lelaki lain di pusat hiburan. Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Melati telah ditangkap dalam satu Ops Noda yang dijalankan oleh pihak polis dekat Klang malam tadi.

Wanita warga Indonesia itu yang berumur 20 tahun mengaku hanya datang ke pusat hiburan tersebut untuk berhibur dan menemani seorang lelaki dengan bayaran wang tunai RM50.

“Ini cuma pendapatan sampingan sahaja, customer pun dapat dari kawan-kawan yang beri nombor saya pada customer”

Lebih mengejutkan wanita itu merupakan isteri orang dan mempunyai anak berusia enam tahun. Dia juga keluar untuk berhibur tanpa kebenaran suaminya yang seorang warga tempatan.

Dia turut mengakui dia bebas untuk keluar kerana suaminya tidak ada di rumah kerana wanita itu merupakan isteri kedua dan suaminya perlu berada di rumah isteri pertama.

source: kakishare

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *