Inilah 10 Tabiat Biasa Yang Buatkan Kulit Cepat Berkedut!

Inilah 10 Tabiat Biasa Ini Buatkan Kulit Cepat Berkedut! Setiap yang muda pasti akan menjadi tua. Tiada siapa yang akan kekal hidup. Akan tiba masanya nanti, rambut hitam akan bertukar menjadi putih.

SAJAHEBOH.COM - Inilah 10 Tabiat Biasa Yang Buatkan Kulit Cepat Berkedut!Tapi, ada juga diantara anda yang usia masih muda, tapi wajah kelihatan lebih tua dari usia. Sebab apa? Mungkin disebabkan oleh 10 tabiat biasa yang buatkan kulit cepat berkedut ini. Tanpa anda sedar, ia buatkan anda nampak lebih tua.

1. TERLALU TERDEDAH CAHAYA MATAHARI

Tak salah untuk berjemur, tapi kalau terlalu lama terdedah dengan cahaya matahari ia sekaligus memberi kesan buruk pada kulit dan boleh menyebabkan kanser.

2. KURANG TERDEDAH CAHAYA MATAHARI

Terlebih tak boleh, kurang pun tak boleh. Kajian menunjukkan jika anda kekurangan vitamin D, bermakna anda kurang terdedah dengan cahaya semula jadi dan ia juga boleh menyebabka kanser.

3. TIDUR TAK CUKUP

Nak nampak muda dan kulit bebas jerawat, pastikan anda cukup tidur. Kalau tak wajah anda cepat berkedut dan macam zombi je nanti.

4. TAK GUNAKAN PELEMBAB WAJAH

Kulit pun perlukan lembapan. Kalau korang rasa haus, mesti akan minum air. Ingat tekak korang je rasa haus. Kulit pun akan jadi teruk kalau kurang lembapan.

5. ANDA GUNAKAN SABUN MURAH

Kita semua tahu, sabun yang bagus memang mahal harganya. Tubuh anda perlukan sabun yang bagus untuk menanggalkan sel kulit mati, habuk yang melekat dan segala kekotoran selepas seharian anda berada di luar. Baru la kulit bersih je.

6. MALAS BERSENAM & SENTIASA MALAS

Tahukah anda, bersenam buatkan otot lebih kuat dan melancarkan aliran darah. Jika aliran darah lancar, kulit sekaligus akan menjadi cantik dan nampak awet muda.

7. STRESS MELAMPAU-LAMPAU

Kalau ye pun ada masalah, selesaikan dengan cara sihat. Kalau tak macam-macam penyakit boleh menyerang seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi, mati pucuk dan macam-macam lagi. Wajah pun nampak kusam je.

8. MAKAN BENDA TAK BERKHASIAT

Kulit anda menunjukkan apa yang anda makan. Kalau sihat makanan, cantiklah kulit. Kalau makan benda bukan-bukan je, memang teruk lah kulit tu.

9. KURANG MINUM AIR

Ya, bukan senang nak minum 3 liter air kosong setiap hari. Tapi, kalau anda boleh minum teh tarik 3 cawan dalam sehari, rasanya boleh je gantikan dengan air kosong.

10. MEROKOK

Ini antara tabiat biasa paling bodoh yang anda lakukan. Beri satu kebaikan yang anda boleh dapat daripada merokok? TIADA!!

source: hanasuva

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *