Gelinya! Disangka Urat Rupanya Cacing Bersarang Dalam Urat Di Kaki

Gelinya! Disangka Urat Rupanya Cacing Bersarang Dalam Urat Di Kaki! Seorang lelaki terkejut dan tidak menyangka ‘urat’ pada kakinya itu sebenarnya adalah cacing yang bersarang di situ.

SAJAHEBOH.COM - Gelinya! Disangka Urat Rupanya Cacing Bersarang Dalam Urat Di KakiLelaki berkenaan pada mulanya mengunjungi doktor di kolej perubatan Peking Union kerana mahu menghilangkan ‘urat’ terbabit.

Namun mengejutkan apabila ia sebenarnya adalah cacing, Dia mendapat cacing berkenaan selepas bercuti di Nigeria.

Cacing itu juga bergerak-gerak beberapa milimeter setiap hari, kata doktor yang menulis mengenainya dalam New England Journal of Medicine.

SAJAHEBOH.COM - Gelinya! Disangka Urat Rupanya Cacing Bersarang Dalam Urat Di Kaki

Menurut doktor terbabit, parasit itu memasuki kaki lelaki berkenaan menerusi larva dan larva berkenaan selalunya berada pada najis kucing atau anjing.

Risiko Najis Kucing kepada Manusia
Najis kucing yang kita kendalikan seharian dari kotak najisnya ataupun najisnya yang terdapat di luar sana adalah berisiko untuk kita.Ini kerana terdapat beberapa penyakit yang dapat disebarkannya terutamanya jenis parasit dan juga cacing.

Kemungkinan lelaki itu mendapat parasit tersebut kerana dia tidak memakai kasut ketika berada di pantai dan terpijak najis yang mengandungi larva.

Dia diberikan ubat anti-parasit iaitu albendazole dan selepas dua minggu, cacing itu hilang.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *