Gadis 17 Tahun Jadi Mangsa Serangan Orang Minyak Di Kampung Yang Pertama Selepas Sebulan Berleluasa

Gadis 17 Tahun Jadi Mangsa Serangan Orang Minyak Di Kampung Yang Pertama Selepas Sebulan Berleluasa. Orang minyak menyerang orang kampung! Penduduk kampung Pengkalan Demit, Kelantan gempar apabila salah seorang remaja perempuan di kampung mereka diserang seorang lelaki yang dipercayai merupakan orang minyak.

SAJAHEBOH.COM - Gadis 17 Tahun Jadi Mangsa Serangan Orang Minyak Di Kampung Yang Pertama Selepas Sebulan BerleluasaRemaja berkenaan dipercayai menjadi mangsa pertama yang menjadi mangsa serangan orang minyak yang berleluasa di kampung berkenaan sejak sebulan yang lepas.

Ketika serangan, remaja perempuan yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian II berkenaan Nik Anis Ashira Kamarulzaman, 17 dikatakan sedang menjemur pakaian dibelakang rumah mereka sebelum diserang dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi.

Menurut mangsa, dia ditarik seseorang dari arah belakang dan dibawa ke ruang tamu rumah.

“Saya seolah-olah dipukau dan hanya tersedar selepas kelibat lelaki itu mencekik leher saya. Tangan, kaki dan bahagian perut saya diikat dengan tali.

“Jerutan yang kuat di bahagian perut membuatkan saya sesak nafas. Saya ketakutan, menangis dan menjerit meminta tolong sebelum suspek itu melarikan diri melalui tingkap dapur rumah,” katanya ketika ditemui selang sejam kejadian itu berlaku.

Mangsa menjadi trauma selepas kejadian berkenaan dan kesan minyak masih ada di leher dan kaki mangsa ketika ditemui.

Menurut ayahnya, Kamarulzaman Mat Yunus, 44, rumah mereka serta tiga lagi rumah jiran-jiran menjadi gangguan lelaki yang dipercayai orang minyak sejak sebulan yang lalu.

“Walaupun kami membuat rondaan, berjaga, mengepung orang minyak ini namun dia bagaikan hilang tanpa kesan. Kami melakukan sembahyang hajat namun orang minyak ini tetap mengganggu.

“Ada penduduk melihat kelibatnya namun usaha menangkapnya tidak berjaya,” katanya.

Semoga orang minyak berkenaan dapat ditangkap secepat mungkin supaya para penduduk kampung dapat menjalani hidup yang aman seperti sebelum serangan orang minyak berleluasa di kampung mereka. – SAJA HEBOH

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *