Empat Petua Menghilangkan Masalah Rambut Kelemumur

Empat Petua Menghilangkan Masalah Rambut Kelemumur. Bagaimana cara paling mudah untuk hilangkan masalah rambut kelemumur? Pakai shampoo pun masih belum hilang?

SAJAHEBOH.COM - Empat Petua Menghilangkan Masalah Rambut KelemumurJangan risau, kami ada sediakan 4 petua mudah untuk hilangkan masalah kelemumur yang korang boleh cuba okay! Jom kita tengok apa 4 petua mudah ni :

PETUA 1: Sediakan satu biji limau nipis, kemudian korang belah 4 bahagian. Sebelum itu, basahkan dahulu rambut. Ambil limau tadi dan ramas atas kepala, pastikan rata satu kepala.

Dah rata, ambil tuala kecil dan bungkus kepala korang. Biar selama setengah jam sebelum basuh rambut dengan shampoo.

PETUA 2: Petua kedua, sediakan daun pandan sebanyak 10 helai, pastikan daun pandan yang agak tua. Korang tumbuk halus dan campur dengan 2 gelas air. Sesudah campur, korang sapu sampai rata pada rambut yang sudah dibersihkan okay!

Seperti biasa, biar selama setengah jam, kemudian bilas dengan air bersih. Korang boleh cuba sebab petua ni bukan sahaja boleh hilangkan kelemumur, malah mewangikan rambut korang!

PETUA TIGA: Korang sediakan 10 biji belimbing buluh, kemudian kroang cincang halus dan campur dengan secawan kecil santan.

Sapu pada rambut dan satu kepala korang dengan air campuran itu okay. Ambil tuala dan balut kepala korang. Lakukan 1 minggu sekali untuk hasil yang memuaskan .

PETUA EMPAT: Sediakan satu genggam jerami padi dan korang kena bakar sampai hangus. Kemudian, campur dengan satu mangkuk santan cair, jus limau nipis yang datang dari satu biji limau nipis. Campur kesemua bahan ini dan sapu di kepala.

Biar selama 30 minit ya. Sekiranya korang ada masalah kelemumur yang teruk, lakukan 2 kali seminggu selama 2 minggu.

Haa 4 petua ini akan menjadikan rambut korang sihat malah lebat! Boleh cuba dekat rumah okay.

Sekian.

Sumber: THR Gegar

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *