Dulu Comel Sekarang Menjadi Wanita Paling Berotot Di Dunia!

Dulu Comel Sekarang Menjadi Wanita Paling Berotot Di Dunia! Dulu semasa di usia remaja, pemilik nama Nataliya Kuznetsova, 27 tahun sama seperti rakan-rakan lain seusia dengannya, berwajah comel dan mempunyai tubuh badan normal.

SAJAHEBOH.COM - Dulu Comel Sekarang Menjadi Wanita Paling Berotot Di Dunia!

Namun kini, bila melihatkan susuk tubuhnya kini, memang jauh berubah! Nataliya Kuznetsova yang berusia 27 tahun pernah memenangi beberapa siri kejohanan bina badan antarabangsa sebelum ini dan kini kembali ke arena itu selepas 18 bulan berehat.

Jelasnya, dia bukan sahaja menggemari sukan itu kerana ia sudah sebati dengan diri tetapi dalam masa yang sama, dirinya juga seronok kerana dapat berkongsi ilmu dengan menjadi jurulatih di sebuah gim untuk mencari pelapis.

SAJAHEBOH.COM - Dulu Comel Sekarang Menjadi Wanita Paling Berotot Di Dunia! SAJAHEBOH.COM - Dulu Comel Sekarang Menjadi Wanita Paling Berotot Di Dunia!

Nataliya sudah mula berjinak-jinak dengan sukan yang kebanyakannya dimonopoli oleh kaum lelaki itu sejak umurnya baru mencecah 14 tahun dan waktu itu berat badannya kurang daripada 40kg. Kini beratnya mencapai 90kg dan tidak akan pernah jemu untuk terus mengangkat berat serta membina badannya ke tahap yang boleh dibanggakan.

Jelasnya lagi, setiap kali waktu makan dia akan menggantikan sos dan rempah dalam hidangan hariannya dengan campuran serbuk protein agar bentuk tubuhnya dapat dikekalkan. [Sajaheboh.com] Malah, dia juga bangga kerana ramai orang mengagunginya kerana merupakan seorang wanita yang lain daripada lain sekaligus menjadi terkenal dengan 290,000 pengikut di Instagram sehingga kini.

SAJAHEBOH.COM - Dulu Comel Sekarang Menjadi Wanita Paling Berotot Di Dunia!

Dalam pada itu, memetik RT.com, dia juga merupakan juara angkat berat wanita dan pemegang rekod di Rusia, Eropah dan dunia.

Mempunyai beribu-ribu pengikut di laman media sosial, dia juga tidak lari daripada komen-komen negatif.

“Bila kamu ada banyak sangat komen positif, tentunya terselit sikit komen negatif kan? Jujur, saya tidak faham apa yang mereka marah sangat.

SAJAHEBOH.COM - Dulu Comel Sekarang Menjadi Wanita Paling Berotot Di Dunia!

“Jadi nak mudahkan kerja, saya ‘ban’ haters, lagipun kebanyakkan mereka menggunakan profil dan nama palsu. Daripada asyik membenci, lebih baik mereka jaga kehidupan mereka,” katanya menerusi satu temubual.

Tonton Video Nataliya Kuznetsova Lakukan Rutin Bina Badan:

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *