Cara Pegang Handphone Mendedahkan Keperibadian Anda, Cuba Tengok Dan Bandingkan

Cara Pegang Handphone Mendedahkan Keperibadian Anda, Cuba Tengok Dan Bandingkan Dengan Entri Di Bawah Ini. Jom Ketahui Rahsia Personaliti Dari Cara Anda Pegang Handphone.

SAJAHEBOH.COM - Cara Pegang Handphone Mendedahkan Keperibadian Anda, Cuba BandingkanPilih cara anda memegang telefon bimbit daripada empat pilihan di atas.

Jawapan A = Memegang telefon bimbit dengan satu tangan dan menaip dengan jari dan tangan yang sama

SAJAHEBOH.COM - Cara Pegang Handphone Mendedahkan Keperibadian Anda, Cuba Bandingkan

Watak Luaran.

Tidak ada yang boleh mengalahkan, gerak hati anda yang kuat, anda berperwatakan menarik, serta mempunyai daya ingatan yang kuat. Anda sukar untuk melepaskan seseorang yang dicintai dan mempunyai perwatakan yang agak bermisteri. Pekerja keras, dan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, bercita-cita tinggi, cekap dan fleksibel. Penuh bakat, kreativiti, dan senang bergaul dengan orang ramai.

Watak dalaman.

Sebenarnya anda sedikit pun tidak sembrono atau memiliki keperibadian yang tidak sembarangan kerana anda tahu siapa yang melayan anda dengan baik dan sebaliknya. Anda boleh membezakan apa itu namanya benci dan cinta. Namun kadang kala anda mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar akan tetapi sebenarnya anda tidak mempunyai maksud apa-apa. Anda ialah seorang yang berfikiran bahawa semua orang di dunia ini boleh merasakan kebahagiaan dan berharap dunia ini adalah dunia yang indah.

Percintaan.

Apabila anda percaya pada seseorang, maka anda akan percaya sepenuhnya. Perlindungan terhadap diri sendiri anda sangat kuat, sekali anda disakiti, maka anda sukar untuk mempercayai kembali. Anda orang yang rela berkorban dan rela memberikan apa-apa kepada pasangan kerana anda ialah insan yang selalu menghargai suatu hubungan percintaan. Berita baiknya, anda merupakan jenis pasangan yang sukar sekali ditemui.

Jawapan B = Memegang telefon bimbit dengan satu tangan dan menaip dengan jari tangan sebelah

SAJAHEBOH.COM - Cara Pegang Handphone Mendedahkan Keperibadian Anda, Cuba Bandingkan

Watak Luaran.

Sensitif, imaginatif, mempunya gerak hati yang kuat, suka membantu, dan penuh simpati. Mempunyai personaliti yang bertenaga dan sedikit tidak sabar. Anda sukakan pengembaraan, lucu, mampu menepis ejekan orang lain dengan senda gurau.

Watak Dalaman.

Anda jenis yang ingin dilindungi, diperlakukan dengan baik, gemarkan perhatian dan membuatkan orang lain di sekeliling berasa senang dengan anda. Anda terlalu baik dan tidak memiliki pendirian yang cukup kuat yang membuatkan diri anda sering dimanipulasi oleh orang lain. Anda jenis orang yang senang akan kesederhanaan. Orang yang ada di sekeliling hanya perlu memberikan perasaan yang jujur terhadap anda. Ada kalanya anda terlalu baik, sukar untuk bersikap keras, sering digunakan orang. Sebenarnya anda juga bukan orang yang sembrono, anda tahu dengan jelas siapa yang baik terhadap anda, begitu juga sebaliknya, anda tahu bagaimana membezakan antara benci dan cinta.

Percintaan.

Anda jenis orang yang tidak boleh meluahkan perasaan, sering kali pasangan anda berasa kurang merasakan kasih sayang walaupun anda sudah cuba menyatakan. Anda tidak boleh berpura-pura dan anda termasuk orang yang boleh mengawal perasaannya sehinggakan orang lain tidak tahu dengan perubahan emosi anda. Namun itu bukan bermakna anda seorang yang tidak mempunyai emosi, anda jenis orang yang rela menahan emosi walaupun anda mencintai seseorang. Anda terbiasa baik pada orang lain, tidak pernah tahu apa yang namanya egois.

Jawapan C = Memegang dengan kedua-dua tangan dan menaip dengan kedua-dua ibu jari

SAJAHEBOH.COM - Cara Pegang Handphone Mendedahkan Keperibadian Anda, Cuba Bandingkan

Watak Luaran.

Penuh bakat, kreativiti, dan daya tarikan, punya pergaulan yang luas. Murah hati, pintar, percaya diri dan menarik, rasa harga diri tinggi, dan mengutamakan kekuasaan. Pekerja keras, melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab, penuh dengan cita-cita, cekap dan fleksibel.

Watak Dalaman.

Mempunyai personaliti hati yang lemah, sesuatu perkara yang ingin anda lakukan selalu saja terhalang oleh ketakutan yang anda cipta sendiri. Anda takut akan kekecewaan kerana harapan yang terlalu tinggi. Anda hanya memerlukan orang yang memahami di samping anda. Kemahuan anda juga tidak terlalu banyak, anda hanya perlu mencari seseorang yang sangat memahami akan diri anda sepenuhnya. Anda juga orang yang boleh mencintai orang dengan apa adanya, tulus serta tidak berkira-kira.

Percintaan.

Kenangan masa lalu sangat sukar anda lupakan. Sering ragu dan hanya selalu berharap terhadap seseorang yang dekat dengan anda. Namun anda akan kembali ragu untuk meletakkan harapan yang tinggi. Anda merasakan diri anda kurang baik di sampingnya dan tidak peduli dengan perasaan anda sendiri. Kerana terlalu cinta pada seseorang, anda tidak mahu membuatnya benci, jadi anda selalu berpura-pura seolah-olah anda tidak apa-apa.

Jawapan D = Memegang dengan satu tangan dan menaip dengan jari telunjuk tangan sebelah yang lain

SAJAHEBOH.COM - Cara Pegang Handphone Mendedahkan Keperibadian Anda, Cuba Bandingkan

Watak Luaran

Sangat kreatif, bijak, berfikiran tajam. Berpandangan realistik, suka akan keindahan dan seni, mempunyai perhatian sensual dan kadang-kala terlalu banyak berfikir. Berfikiran cerdas, penuh daya tarikan, menjunjung tinggi keharmonian.

Watak Dalaman

Anda jenis orang yang lebih memilih untuk diam dan tidak berkata apa-apa, tapi itulah daya tarikan anda. Anda rela berkorban untuk orang lain agar mereka tidak disakiti. Adakalanya kata-kata anda terlalu menyakitkan tetapi anda tidak punya maksud seperti itu. Sebenarnya anda juga bukan orang yang sukar difahami cuma sukar untuk mencari orang yang sesuai dengan anda. Anda berharap akan keindahan dunia ini, dan semua orang akan berbahagia. Asalkan orang lain boleh memahami anda, ini juga sudah cukup bagi anda.

Percintaan

Sebenarnya anda tidak suka berada di khalayak ramai dan keadaan yang sesak. Bagi anda, tempat yang selesa, dan sudah terbiasa itu barulah tempat yang selesa, begitu juga dengan cinta. Kelemahan terbesar anda terletak pada hati anda yang mudah luluh dan itu yang membuatkan anda mudah sekali untuk disakiti ketika ada pertengkaran dengan pasangan anda. Anda juga jenis orang yang mudah kasihan jika ada orang yang menangis di depan anda, sehingga anda bersimpati dan memaafkan.

Credit: Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *