‘Buat Loan Kereta Untuk Suami, Kemudian Nama Bini Kena Blacklist Dan Dapat Title Janda Anak Dua’

‘Buat Loan Kereta Untuk Suami, Kemudian Nama Bini Kena Blacklist Dan Dapat Title Janda Anak Dua’ “Betol ke model nie idaman para jejaka?” demikian kapsyen gambar Honda Civic FD yang dimuat naik page viral yang mengundang banyak reaksi netizen.

SAJAHEBOH.COM - ‘Buat Loan Kereta Untuk Suami, Kemudian Nama Bini Kena Blacklist Dan Dapat Title Janda Anak Dua’Kapsyen itu turut menarik perhatian seorang netizen yang mengakui perkara tersebut yang sebenarnya mempunyai kisah di sebaliknya.

Bila ditulis, kisahnya kelihatan ringkas tetapi, Dahlia Aida, yang merasa penderitaan yang ditanggung sekian lama setelah lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semata mengambil kesempatan terhadap dirinya.

“Haa, betullah tu. Bini kerja gomen, tiap hari (suami) melutut kat bini minta buat loan atas nama bini, nak pakai kereta ini. Bila dah dapat, bini dah support, lagi nak convert enjin la, apa la, tukar itu, tukar ini.

SAJAHEBOH.COM - ‘Buat Loan Kereta Untuk Suami, Kemudian Nama Bini Kena Blacklist Dan Dapat Title Janda Anak Dua’“Last-last bini pergi kerja, suami angkut betina ke hulu ke hilir. Sembang dengan betina lain semua atas usaha dia sendiri. Yang betina pun pantang dengan lelaki mulut manis sikit, terus cair. “Bangga kononnya bujang, kononnya jadi king, kanjo sana sini, kereta dia paling hebat dan kawan-kawan semua sanjung. Padahal semuanya kerah duit bini. Bini yang bayar installment setiap bulan.

“Lelaki tak sedar diri, pergi jahanam. Last-last bini kau dah sedar. Bank dah usha nak tarik kereta, roadtax mati tak hidup-hidup. Hambik kau! Nak jadi king sangat kan? Ha jadilah! Emo betul aku.

“Mana-mana bini yang suaminya pakai Honda Civic FD ini, ikut sajalah laki korang tu pergi TT ke, fun drive ke apa ke, jangan biar dia seorang. Aku ni saksi depan mata semua. Bini masing-masing kerja, jaga anak tetapi suami bawa betina entah pungut kat mana-mana. Last-last laki aku pun sama. Puii!! Sampai mati aku akan ingat!

“Lepas tu macam tak ada maruah. Minggu ini pergi fun drive bawa anak bini, janji dengan geng-geng semua minggu ini untuk anak bini. Minggu depan buat TT bawa betina lain pula masing-masing. Akal letak di lutut!

“Tak payah nak sembang lebih la sesiapa yang bawa Honda Civic FD ini. Majoriti semua (begitu). Tanyalah geran kereta nama siapa, kalau tak nama bini masing-masing, yang atas usaha sendiri pun yang bujang-bujang sajalah.

“Yelah, masa bujang tak mampu. Cari bini yang berduit sikit. Kalau buat personal loan sebab nak convert enjin tu tak payah ceritalah, bersepah. Itu yang hutang bersusun nak bayar.

“Harap kereta saja gah, orang pandang, tetapi sebaliknya orang tak tahu. Sudah masak sangat dengan perangai budak-budak Honda Civic FD ini. Dari tahun 2008, 10 tahun macam-macam. Bukan apa, sebab yang terjadi semuanya di depan mata. Aku sanggup tunaikan impian laki aku, sanggup tak jadi beli kereta impian aku sebab aku nak dahulukan dia.

“Fresh-fresh nama aku buat loan untuk kereta dia. Last-last nama aku kena blacklist dan dapat title janda anak dua. Semuanya gara-gara Honda Civic FD, main betina dan TT sampah setiap minggu!! Menjahanamkan!

SAJAHEBOH.COM - ‘Buat Loan Kereta Untuk Suami, Kemudian Nama Bini Kena Blacklist Dan Dapat Title Janda Anak Dua’ SAJAHEBOH.COM - ‘Buat Loan Kereta Untuk Suami, Kemudian Nama Bini Kena Blacklist Dan Dapat Title Janda Anak Dua’

“Bukan satu, tapi satu group itu semua sama. Yang ni cover ini, yang tu cover tu. Cam sial! King ko ke mana, anak bini kau ke mana, rumah tangga kau ke mana? Dok la kau makan gaji ko balik RM800 sebulan tu! Bini buat sebab sayang sangat kat lakinya. Last-last bini korek kubur sendiri rupanya. Hai dunia… dunia…” luahnya.

Sementara itu di media sosial, netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa Dahlia. Malah mereka turut mengecam tindakan bekas suaminya yang terang, jelas dan nyata mengambil kesempatan di atas kesenangan Dahlia.

“Lelaki macam ni memang tak guna. sudahlah guna duit bini, minta bini buat loan, pasti pergi cari perempuan lain pula. Kalau sesiapa lelaki yang masuk dalam kategori ini, silalah sedar diri. Kalau tak, semoga disedarkan suatu hari nanti. Kau ingat tak ada balasan ke pada perangai tak guna kau tu?” – @reviewstuffs.

“Lebih baik cari suami yang level lebih sikit dari kita. Kadang-kadang gaji tinggi sangat pun orang ambil kesempatan. Contoh, “Oh, bini aku kerja gomen, senang nak suruh buat loan itu ini. Ala, bini aku sayang aku, mesti dia ikut je cakap aku.” Kepala bana kaulah jantan!” – @Efellafa.

Kredit: The Reporter

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *