Bila Isteri Dah Tak Cantik, Kau ‘Repair’, Bukan Tinggalkan Dan ‘Look Around’

Pesanan ringkas kepada semua terutama kaum lelaki. Bila Isteri Dah Tak Cantik, Kau ‘Repair’, Bukan Tinggalkan Dan ‘Look Around’ Sifir ringkas bagi lelaki yang sudah beristeri:

Bila Isteri Dah Tak Cantik, Kau ‘Repair’, Bukan Tinggalkan Dan ‘Look Around’Langkah 1:
Bila kau nampak seorang perempuan yang cantik gila dan seksi, bau dia wangi pula tu dan kau rasa suka dan berkenan, kau tengok betul-betul pada perempuan itu apa yang kau suka.

Langkah 2:
Bila kau balik rumah, kau pandang isteri kau. Cari perbezaaan dia dengan perempuan yang kau suka tadi.

Langkah 3:

  • Kalau bini kau rambut dia kusut masai berbanding perempuan tadi, kau bawak dia pergi saloon buat rambut.
  • Kalau bini kau muka dia tak putih macam perempuan tadi, kau bawa dia pergi spa atau belikan dia produk-produk yang boleh putihkan kulit muka dia, kan sudah banyak produk di pasaran sekarang ini.
  • Kalau isteri kau pakai baju selekeh, pergi bawa dia beli baju yang cantik dan daring, Kalau malu mahu bawa isteri pergi shopping, beli online, dia pos sampai rumah
  • Kalau isteri kau tak pandai cakap atau isteri kau berkomunikasi cara kampung, didik dia atau bawa dia pergi ke kelas komunikasi atau cari tutorial di Youtube terkik berkomunikasi cara moden.
  • Kalau isteri kau tak pandai masak, kau carikan resepi-resepi dari Facebook lepas tu kau tag isteri kau. Kalau kau tak mahu malukan isteri kau, kau screenshot lepas tu kau Whatsapp dia. Lepas kau dah kongsikan resepi tu, kau jangan kedekut beli barang dapur pula. Makan nak sedap, barang dapur kedekut, bangang namanya.
  • Kalau kau cium isteri kau busuk, kalu belikan la dia perfume, bukan mahal punlah bro. Lagi pun bukan kau nak bagi bini aku pun.
  • Kalau kau tengok warna gigi isteri kau gigi kuning, bawa dia pergi jumpa dentist.
  • Kalau kau tengok isteri kau gemuk, bawa la dia pergi bersenam. Kalau tidak pun, kau belikan produk kuruskan badan. Tapi jangan pula kau aniaya isteri kau dengan catu makanan dia sampai dia penat lesu.
  • Kalau bini kau tak seksi, kau belikanlah dia baju-baju yang seksi yang macam kau selalu tengok kat Facebook itu.

Kalau kau tak ada duit nak modalkan bini kau cantik, buatlah kerja ekstra cari duit lebih. Bila bab duit nak cantikkan bini kau, duit asyik takde, tapi bila duit nak ajak awek cantik pergi karaoke atau tengok wayang ada pulak? Bodoh!

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *