“Biarlah Orang Nak Kata Saya Bagi Anak Perempuan Free, Saya Tak Kisah” – AYAH

“Biarlah Orang Nak Kata Saya Bagi Anak Perempuan Free, Saya Tak Kisah” – AYAH. Bila sebut mengenai majlis perkahwinan, ramai yang akan terfikir mengenai kenduri dan jamuan secara besar-besaran di dewan ataupun di hotel-hotel mewah.

SAJAHEBOH.COM - "Biarlah Orang Nak Kata Saya Bagi Anak Perempuan Free, Saya Tak Kisah" - AYAHItulah senario yang berlaku pada masa kini dan telah menjadi trend masyarakat di negara ini. Namun, lain pula yang berlaku kepada pasangan ini di mana majlis yang diadakan dilaksanakan secara sederhana.

Majlis seperti ini mungkin dianggap “Taboo” oleh kebanyakan keluarga, namun sebenarnya inilah majlis yang dituntut oleh agama Islam. Semoga menjadi pengajaran kepada semua…

TIADA persalinan gah. Tiada persandingan. Tiada hantaran beribu. Tiada dulang berbaris. Tiada jemputan. Tiada kenduri-kendara. Majlis pernikahan pun tiada. Hanya akad nikah semata.

Tiada belanja besar untuk hari bahagia pasangan berusia awal 20-an dari Cheras.

Pernikahan itu berlangsung di Masjid An-Najihin, Bandar Sri Permaisuri dan dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan pasangan muda itu.

Hanya sebentuk cincin dan manisan duduk di atas dulang yang dibawa pihak lelaki… tanpa sebarang hantaran.

Mas kahwin pula hanya RM100 disediakan pihak lelaki, lebih RM20 dari ketetapan mas kahwin untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pengantin perempuan manis berbaju kurung putih, manakala pengantin lelaki hanya mengenakan kurta putih, seluar hitam dan songkok.

Ahli keluarga pengantin perempuan juga berpakaian ala kadar.

Pernikahan ‘sempoi’ itu diilhamkan sendiri oleh bapa kepada pengantin perempuan, seorang pengurus besar stesen televisyen tersohor Malaysia.

Kewangan bukan masalah bagi meraikan perkahwinan anak sulungnya dengan gilang-gemilang, tetapi mengakui keputusan itu diambil bersandarkan pengalaman sendiri suatu ketika dahulu.

“Saya ni orang susah dahulu. Waktu saya nak kahwin, saya terpaksa buat pinjaman peribadi. Saya turut menjual share saya di akhbar Utusan ketika bertugas di sana waktu itu,” jelas bapa kepada empat orang anak itu.

Baginya, tindakan tidak membazir ini bakal memudahkan perjalanan hidup anak sulungnya kelak.

“Saya tak mahu anak saya melalui liku hidup sama seperti yang saya lalui. 16 tahun kerja, barulah mampu nak beli rumah sendiri. Betapa sukarnya nak menyara keluarga, dalam masa sama membayar semula pinjaman peribadi dan hutang rumah dan kereta. Apatah lagi dengan gaji sederhana hidup di tengah bandar,” jelasnya.

Peribahasa “biar mati anak, jangan mati adat” tidak terpakai dalam keputusan mengahwinkan anaknya itu.

Dia juga tidak ambil pusing pandangan masyarakat terhadap keputusan yang diambil.

“Biarlah apa orang nak kata, bagi anak perempuan free-lah, ada yang pandang seronglah, saya tak kisah. Saya tahu apa yang saya lakukan demi kebaikan anak saya sendiri.”

Jelasnya, “Bukan saya menentang adat, tetapi saya lebih sayang anak saya. Duit yang ada, lebih baik guna untuk kegunaan anak saya selepas perkahwinan.”

Pasangan itu cukup beruntung apabila bapa pengantin perempuan menyediakan wang pendahuluan untuk membeli rumah kelak dan juga sebuah kereta sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Dia mengharapkan hadiah berkenaan dapat memudahkan urusan rumah tangga anaknya yang baru dibina..

Source: Mynewshub

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *