Bawa Kekasih Masuk Bilik Sewa Dah Jadi Trend Di Bangi – Kata Gadis Mahu Menyewa

Bawa Kekasih Masuk Bilik Sewa Dah Jadi Trend Di Bangi – Kata Gadis  Yang Mahu Menyewa Kepada Seorang Pemilik Rumah.

SAJAHEBOH.COM - Bawa Kekasih Masuk Bilik Sewa Dah Jadi Trend Di Bangi - Kata Gadis Mahu MenyewaSeorang gadis yang ingin menyewa rumah sewa mendakwa membawa masuk teman lelaki ke dalam rumah menjadi trend yang biasa di Bangi.

Screenshot yang didedahkan oleh pemilik rumah sewa tersebut mengundang reaksi negatif netizen di laman Facebook.

Gadis yang tidak didedahkan identiti itu pada mulanya bertanya sama ada bolehkah dia membawa teman lelakinya ke bilik. Namun, pemiliknya tidak membenarkan dia berbuat demikian.

Tambahan, gadis itu adalah muslim yang terang-terang bukan mahram.

“Dah terang lagi bukan mahram, tak boleh tinggal serumah. Timbulnya fitnah dan zina nanti. Kang kena kahwin free haa!” katanya.

“Owh, tadi saya ada tanya rumah lain, boleh saja bawa boyfriend masuk bilik. Benda ini dah trend lah di Bangi,” balas gadis itu.

SAJAHEBOH.COM - Bawa Kekasih Masuk Bilik Sewa Dah Jadi Trend Di Bangi - Kata Gadis Mahu MenyewaBimbang bersuhabat melakukan perkara yang berdosa, pemilik rumah itu terpaksa menolak keinginan gadis itu menyewa rumahnya.

“Tak apalah awak. Saya tak ambil penyewa yang ingin bawa lelaki masuk rumah. Jagalah maruah sebagai perempuan,” katanya.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *