“Awalnya Nak Tolong Jiran, Tapi Jiran Ambil Kesempatan Pula”-Luahan Hati Jiran Ini Buat Netizen Geram!

“Awalnya Nak Tolong Jiran, Tapi Jiran Ambil Kesempatan Pula”-Luahan Hati Jiran Ini Buat Netizen Geram! Aku baru berpindah ke rumah baru di sebuah taman di selatan tanahair. Biasalah bila berpindah ke satu kawasan nie kita kalau boleh naklah jaga hubungan baik kita dengan semua jirannyer tak.

SAJAHEBOH.COM - “Awalnya Nak Tolong Jiran, Tapi Jiran Ambil Kesempatan Pula”-Luahan Hati Jiran Ini Buat Netizen Geram!Sebab menjaga hati jiran nie dituntut dalam Islam malah akan dilaknat sekiranya membuat sesuatu yg boleh menyusahkan jiran, Nauzubillahiminzalik…

Nak jadi cerita anak aku nie sebaya ngan anak jiran sebelah rumah nie dan sama2 akan masuk darjah satu pada tahun hadapan. Masa lepas selesai urusan daftarkan anak aku darjah satu nie aku siap ambilkan borang lagi untuk jiran aku yg satu nie.Bukan apa niat nak tolong jer sebenarnya…

Hinggalah satu hari tinggal lagi seminggu sekolah nak bermula, tiba2 jiran aku nie menyampaikan hasrat dia untuk minta tlg ambilkan anak dia setiap kali balik dr sekolah setiap hari dan dihantar ke transit yg sama dengan anak aku tue.

Pada mulanya aku memang berat hati nak terima. Sepatutnya sebagai jiran dia tak boleh sendiri yang minta tlg macam tue lainlah kalu aku sendiri yang offer untuk ambilkan anak dia yer tak. Nak tak nak pada mulanya demi menjaga hati jiran aku terima jer lah tanggungjawab tue…

Bila dah start minggu persekolahan tue masing2 akan hantar anak masing2 pada waktu pagi ke sekolah. Dan bila waktu balik sekolah tengah hari aku akan bergegas ler keluar dari pejabat ke sekolah untuk ambil anak aku dan anak jiran aku nie.

Cuma yang aku heran dengan jiran aku nie aku nie pun kerja jugak, semua orang pun sibuk dengan kerja masing2 tapi anak tue adalah tanggungjawab ibu bapa tue sendiri sepatutnya. Lagi pun waktu rehat tengah hari kot takkan lah tak boleh keluar kejap ambik anak kau tue. Ofis dia pun sama jer jarak ngan aku.

Nak fikir time rehat, habis tue aku nie dapat ker rehat time lunch hour? Masuk balik ofis pun dah pukul 2pm. Tapi aku kuatkan tenaga dan semangat demi tanggungjawab aku pada anak aku jer sebenarnya…

Aku pun tak pernah minta satu sen pun dari jiran aku nie duit minyak ker, duit minum ker sebab pada asalnya tujuan aku nak tolong tue ikhlas. Berbulan jugaklah lamanya aku buat kerja amal nie.

Hinggalah pada suatu hari lepas aku ambil anak aku ngan anak jiran nie dan dah hantar ke transit aku pun tergerak nak singgah balik rumah. Tiba2 aku tengok yg jiran aku nie ada kat rumah pulak balik rehat time lunch hour tue. Mula2 tue aku just bersangka baik jer lah kan kot dia ada hal nak ambil barang kat rumah ker apa ker kan…

Tapi lama kelamaan aku tengok makin menjadi2 pulak. Boleh dikatakan terutamanya time lunch hour hari Jumaat dia akan balik ke rumah. Apa salahnya sekali-sekala kau singgap jap kat sekolah ambil anak tue sebelum balik rumah ker kan. Ini tidak nak mengharap aku jugak.

Lainlah kau byr tiap2 bulan macam van sekolah tue ada gak reason kau nak balik rumah bersenang-lenang takyah fikir nak ambil anak kau tue balik dari sekolah. Ini jiran kau yg kelam kabut ambil anak kau tue tahu tak. Nampak tak kat situ hati aku dah geram dan tak semena dah terbit pulak rasa tak ikhlas macam tue. Bila setan dah berbisik macam nie lah jadinya…

Tue belum cerita lagi perangai anak jiran aku nie dalam kereta yang buat kereta tue macam sendiri punya. Ingat aku nie driver peribadi ker apa nk layan kau macam anak raja. Cakap terima kasih pun tak pernah langsung takde budi bahasa. Nampak tak tue bahasa menunjukkan siapa mak bapak dia haha…

Nak jadi cerita ada satu minggu tue sekolah ada banyak ambik cuti peristiwa. Pihak sekolah pun masa tue maklumkan kalau gie sekolah pun cikgu2 takkan mengajar sebab masa nie pun dah habis musim peperiksaan. So anak aku nie sekejap sekolah dan kejap tak sekolah.

Kalau tak ke sekolah tue aku akan hantar jer ker transit dia pagi2. Masalahnya yg jiran aku nie langsung tak bagi tahu yang anak dia sekolah ker tak sekolah minggu tue. Kadang2 kalu anak aku sekolah balik dari sekolah tue aku pun tunggu jugak anak dia nie tapi bila tengok takde sekolah pun dah clear takde budak lagi aku pun baru ler gerak balik dari kawasan sekolah tue…

Akibat sikap jiran aku yang berat mulut nak membagi tahu nie dan berat tangan nak taip sms or wasap bagi tahu anak dia sekolah ker tak setiap hari akhirnya pada satu hari anak dia ketinggalan kat sekolah takde orang ambik sampai tinggal seorang2 kat sekolah masa tue. Mujur takde apa2 yg berlaku.

Masa tue nak jadi cerita anak aku pun tak datang gie sekolah sebab dia duduk kat transit jer pg tue. Hari2 sebelum tue pulak memang setiap kali balik dari sekolah aku tunggu2 anak dia takde so aku beranggapan dia tak sekolah lah pada minggu tue. Ntahlah aku pun heran dengan manusia macam tue macam tak kisah dengan tanggungjawab anak jer. Dah lah tanggungjawab ambik anak serah kat orang…

Sejak peristiwa tue jiran aku nie dah trauma dan dia dah suruh van sekolah untuk ambil anak dia setiap kali balik dari sekolah. Aku pun rasa syukur Alhamdulillah sebab takde lagi komitmen tambahan dan tak mahulah berlaku tuduh menuduh pada suatu hari nanti. Faham2 jer lah kan maksud aku nie…

Apa yg aku nak katakan kat sini jagalah hati jiran. Jangan buat jiran susah dan sebagainya. Kalau kena jiran yg baik hati nak tolong apa2 jangan ambil kesempatan. Ingat setiap manusia nie ada hati dan perasaan. Jangan ego dan fikir diri tue hebat sangat sampai boleh perlekehkan orang lain.

Dan yang penting ingatlah anak tue tanggungjawab masing2 bukan sepenuhnya nak harap pada orang lain. Apa pun Alhamdulillah Tuhan dah tunjukkan sesuatu pada dia. Sesungguhnya doa orang2 yang teraniaya tue makbul. Mudah2an citer nie dapat dijadikan pengajaran untuk kita semua Insha Allah…

Source: Kakishare

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *