Aksi Comel Anak Panda Tunggang Kuda Goyang Menarik Perhatian Ramai

Aksi Comel Anak Panda Tunggang Kuda Goyang Menarik Perhatian Ramai. Kalau sudah namanya anak kecil, pasti gemar bermain. Begitu jugalah yang berlaku terhadap anak haiwan liar lebih suka bermain seperti aksi kanak-kanak kecil.

SAJAHEBOH.COM - Aksi Comel Anak Panda Tunggang Kuda Goyang Menarik Perhatian Ramai                   Like Facebook Page : https://www.facebook.com/sajaheboh               SAJA HEBOHSeekor anak beruang panda bernama Qiyi, yang berusia sembilan bulan, menerusi satu rakaman video amatur boleh dilihat santai duduk di atas kerusi goyang mainan berbentuk kuda padi. [Sajaheboh.com]

Video yang dimuat naik menerusi laman YouTube People’s Daily itu menunjukkan Qiyi kelihatan seronok bermain kerusi goyang berwarna merah tersebut sambil diawasi oleh penjaganya.

Menurut laman sosial popular tempatan Weibo seperti yang ditukil portak Daily Mail, kerusi goyang itu adalah pemberian daripada salah seorang peminat beruang panda comel berkenaan.

SAJAHEBOH.COM - Aksi Comel Anak Panda Tunggang Kuda Goyang Menarik Perhatian Ramai                   Like Facebook Page : https://www.facebook.com/sajaheboh               SAJA HEBOH

Sekalipun begitu, Qiyi boleh pula secara tiba-tiba dilihat mengalihkan tumpuannya setelah seorang penjaga datang menghampirinya dengan membawa ‘umpan’ berupa sebiji buah epal.

Malah, Qiyi menolak tangan penjaganya apabila beliau cuba untuk terus menggoyangkan kerusi tersebut. Qiyi dilahirkan sekitar Julai 2016 dan mempunyai kembar yang bernama Qi Guo.

Kedua-dua mamalia kebanggaan China itu kini ditempatkan di pusat pembiakan panda di negara tersebut, menurut kenyataan organisasi haiwan berkenaan, iPanda.

Meskipun anak panda ini amat comel, tetapi haiwan ini juga boleh marah jika diganggu seperti yang berlaku pada lelaki ini yang timbulkan kemarahan panda di zoo.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *