Akibat Terlalu Cantik, Gadis Ini Telah Dibuang Kerja

Akibat Terlalu Cantik, Gadis Ini Telah Dibuang Kerja. Biasanya orang dipecat atau dibuang kerja disebabkan pretasi kerja tidak memuaskan ataupun kewangan syarikat atau company yang tidak bagus. Namun ada juga alasan yang kedengaran tidak masuk akal seperti yang berlaku pada wanita ini:

Akibat Terlalu Cantik, Gadis Ini Telah Dibuang KerjaSeorang wanita Britain mendakwa dia kehilangan kerja di sebuah syarikat perfileman di sini gara-gara terlalu cantik.

Wanita itu, Emma Hulse berkata kepada portal Mirror, dia diambil bekerja sebagai penghantar barangan di syarikat UNIT TV di Soho tetapi diberhentikan serta-merta selepas hanya beberapa bulan bertugas tugas.

Menurut wanita berusia 24 tahun itu, pengurusnya mempersoalkan kenapa dia tidak menjadi seorang model atau penyambut tetamu.

“Saya amat kecewa kerana diberhentikan kerja. Saya tidak tahu apa yang patut dilakukan.

Akibat Terlalu Cantik, Gadis Ini Telah Dibuang Kerja

“Mungkin syarikat itu hanya mahu mengambil pekerja yang bermuka biasa berbanding saya yang terlalu menarik perhatian,” katanya.

Ujar Emma lagi, dia berpakaian sopan ketika datang bekerja dan tidak timbul isu dia terlalu seksi.

Malah dakwanya, pengurusnya itu turut meminta nombor telefonnya dan cuba mengajaknya keluar.

Sementara itu, pemilik syarikat berkenaan, Adam Luckwell berkata, kes yang berlaku ke atas Emma merupakan satu diskriminasi dan dipandang serius.

“Individu terbabit yang mendakwa dipecat beberapa minggu lalu selepas tempoh pemantauan, telah berkhidmat bersama syarikat ini kurang daripada tempoh tiga bulan.

“Saya tidak dimaklumkan dengan jelas situasi yang berlaku ke atas Emma Hulse dan tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes itu.

“Saya memohon maaf kepadanya jika dia berasa kurang senang dengan sikap staff syarikat ini,” katanya.

P/s: Memiliki rupa paras yang cantik juga tidak menjamin kerjaya seseorang.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *